Wednesday, January 5, 2011

Maturity - Del Definition

"Welcome back" gua nk cakap kat diri sendiri sbb lama tak sambung tulis blog ni. So, 2 days ago gua baru je balik berfoya2 kat Orlando, Miami ngan Key West. Before ni gua mmg pernah pg Florida dah, tapi dulu tu trip banyak jalan2 sgt tak sempat nak naik rides puas2, so this time, kitaorang bantai masuk theme park ulang2 kali sampai muntah. Kui3. Ni summary multiplier gua bantai naik rides kat Universal Studios, Busch Garden ngan Seaworld

Kraken, Seaworld - 2
Manta, Seaworld - 2
Gwazi, Seaworld - 2
Bomb Bay/Del Stukas, Wet and Wild - 2 (250ft vertical slide)
Sheikra, Busch Garden - 2
Montu, Busch Garden - 2
Hulk, Universal Studios - 6
Spiderman, Universal Studios - 3
Harry Potter, the Forbidden Adventure 4D - 5 
Harry Potter Dragon Challenge - 20+ (tak ingat exact number)

In a nutshell, ni semua untuk cover balik masa2 yg hilang masa summer Freshmen dulu. Funny part is, kitaorang naik banyak2 sangat sampai ada yg dah mcm tauge turun Roller coaster. Muka kawan gua, Wansoh Mat Skem mmg priceless especially lepas turun Kraken., nak bantai gelak golek2 kang terasa plak. Kui3

Dulu masa kitaorang pg Florida tak sempat tgk Shamu kat Seaworld. So, good thing is that trip kali ni dah banyak cover apa yang 'miss' dulu. 

Tapi tu bukan topic utama gua arini, in fact, takde correlation pon, setakat mukadimah boleh la kot. Arini gua nk cakap pasal maturity. 

Gua rasa mmg tiap2 orang ada definition 'maturity'. Tapi gua ada definition gua sendiri, sama tak ngan ape yg korang rasa, gua pedulik ape kan... Hak3

Lelaki mature, dalam definition gua kena chill buat ape2. Bagi gua, lelaki mature bukan yang berdiri cekak pinggang or cross tangan sambil tercegat berdiri kat corner dinding dalam majlis or setakat masuk tangan masuk dlm poket angkat bahu purak2 nampak cool. Bagi gua, lelaki mature patutnya orang yg tenang berfikir time2 ada musibah, pandai jaga hati orang lain, and berani speak out ape yang dia fikir. Gua rasa, muka je ganas/macho, kalau tak berani nak speak out ape yg dia rasa kat public, gua rasa tak payah jadi lelaki la, buat malu kaum je. Point tak betul sikit2 pon takpe, janji berani buat apa2, barula gua rasa perangai jantan....

Ckp pasal maturity, gua cukup respect sama satu orang dalam family. Uncle gua ni, antara orang paling chill buat ape2...




Bagi gua, orang ni la mentor, guru and idola gua, Uncle Zuraidi nama dia. Mcm korang tgk dalam gambar2 ni, gua rasa dia la orang paling chill buat apa2, anak dah ada 2, besar panjang plak tu, tapi still hati muda and paling senang nak mintak tolong. Kalau dia ada, mesti time rasa cam gerak laju sbb aura "awesomeness" tu ada. Hak3, ok tu hiperbola... Tapi, mamat ni mmg legend sbb tak kira kanak2 ke, remaja ke, orang tua ke, dia mmg boleh bergaul tanpa segan silu. Borak lama mana pon tak bosan gua rasa. Being a CEO, pekerja2 dia mmg suka dia ni. Ada PhD, kaya raya, tapi still tak memilih berkawan, very honest guy. Iklan2 berlambak2 kat TV3 tu, mmg kerja dia la mostly. Tua ke muda ke, jahat ke baik, gua rasa takde definition ni dalam kamus dia, itu yang gua respek gila kat mamat ni. Pernah sekali gua tgk dia main kejar2 ngan budak2, takde hal pon. Satu prinsip dia yang gua nak pegang is, orang yang kaya dengan kawan2 itu jauh lagi baik dari orang yg kaya ngan duit. 

Ini la baru gua rasa lelaki macho. Biar ape yg jadi pon, dia still boleh senyum buat lawak sambil try to overcome the unexpected circumstances. Mmg legend. 

No comments:

Post a Comment