Tuesday, June 14, 2011

A month called Alumni

Masuk harini dah 14 hb June, meaning dah genap sebulan gua bergelar alumni. Dah ada ijazah da dalam tangan, dah boleh masuk alam baru. Dah takde title "student" da.

Life gua masa ni walaupun relax2, tp the feeling is a bit different jugak la. Bangun2 tido, terus menghadap laptop, email sana email sini, telefon sana telefon sini. Pastu masak lunch, pastu sambung tulis tu tulis ni. Dah mcm Nora elena gua rasa, secretary berjaya. Tapi secretary kerja utk diri sendiri la. Kui3.

Ok, back to ape yg gua nk cakap arini. Actually, walaupun org kata carik keje ni susah, tapi gua tak rasa camtu, eventhough gua tak bekerja lagi la. Don't get it wrong. Gua kenal diri gua sendiri. Setakat kerja tu gua tak risau, insyaalah mesti ada kerja punye. Tipu sangat la takde keje available walaupun skrang economy isn't really looking good. Gua cukup paham ngan concept supply demand kerja ni. Ada almost 1500 positions exist everyday. Tapi kenapa orang kata carik kerja ni susah? Haaa... Meh gua nk jawab

Encik Syaf, tak susah ke cari keje? Kat US mcm lg susah je?

Dalam dunia ni, 80% wealth is hold by 1% of the population. 1% of the wealth is hold by 80% of the population.  See that? Setakat kerja tu gua rasa gua tak perlu la risau sangat kot. Bukan bongkak/takbur, tapi rezeki tuhan dah letak di mana2, tak kira la kat mana2 tempat pon, semua benda dalam dunia ni kan tuhan punya, takde tanah yang berbeza dari dunia ni (gua tau korang nk jawab tanah gambut ngan tanah pasir tak sama, tp gua ignore je lawak bangang korang tu) yang membezakan satu tanah ngan satu tanah tu, adalah bahasa dan budaya je, tak lebih dari tu, so kenapa nak risau sangat? Gua dah datang beribu2 batu datang nk belajar, gua dah ada survival and language skills, and gua dah banyak tahu nk deal ngan dunia. Tapi yang paling penting, gua tahu gua dah usaha, the rest gua tawakal je la. Kalau takde rezeki gua kat sini, gua cuma perlu ambil flight, duduk dalam tu sehari, pastu nanti dapat kerja kat Malaysia. Ape beza US ngan Malaysia? Kalau tanya gua, gua jawab sama je, dua-dua tuhan punya. :D


Tapi Encik Syaf, nape kat US? 

Dulu masa gua kecik2, gua pernah dgr satu quote, Nabi suruh kita belajar walaupun sampai ke Negeri China. Konsep tu la yg gua pegang sampai sekarang. Korang mesti nk kata, tu China la, bukan US! Daaaa, masa tu mana ada negara Amerika lagi samdol. Walaupun China sekarang tgh nak jadi hub untuk business dunia, gradually becoming one of the superpowers Tapi pengajaran yg kita dapat dari tu ialah, tuhan dah jadikan orang bermacam2 bangsa, bermacam2 budaya. Each ngan strong point ngan weak point diorang. Sbb tu kita disuruh travel, atau bahasa melayunya, melancong, sbb bkn utk habiskan duit membeli souvenir, tp untuk belajar. Belajar bukan aje dalam kelas, in fact, 1% org yg own 80% wealth bknnye ada Ph.D or ada Professional degree pon. Diorang kebanyakannya, orang biasa je, tp yg membezakan diorang dgn orang lain is the philosophy of life. The principles in life yg buat diorang berjaya jauh berbeza dgn org biasa. Again, it is wholly up to you, not the job, not the land nor the chances. 

Life is full of opportunities, 
Others strive to gain them,
Successful people do not gain them, they make em'

-Syaf-

Nape apply company Jepun je kat sini? Npe tak ngan company US?

Sbb gua bkn nk carik duit sgt pon, gua nk belajar je lg. Benda ni la yg orang selalu terlepas pandang. Number 1 superpower dalam dunia is USA, closing in fast is Japan. USA holds 37% world wealth, Japan 27%, combined jadi 64%. So, isn't it better to learn their method, fused together? Both weaknesses kita tahu, and both strongpoints kita tahu. So, kita boleh redesign system tu, and call it our own. Gua pernah baca satu buku ni dulu2 "The Jews who run businesses of the world",camtu la title dia. Npe org yahudi pandai berniaga? Sbb bukan diorang yg come up dgn solution utk deal dgn worldpower. Tapi method diorang is to learn at somebody elses expenses. War bonds, regional combined assets, tu semua hasil diorang belajar dari orang lain, tweak it, redesign, and call it their own. Now ape jadi? Dari negara orang dah boleh jadi negara sendiri. Allied nations officials semua dioarang pegang. Interpol, court system, semua diorang kawal. Trend of the world, flow of economics, bombing in Hiroshima, invasion on middle east, semua boleh dikawal. Don't you know that sebenarnya the life at the micro level, the growth of our pace, and the rise and fall of nation, ada 10 orang yg control, called the BIG 10. Diorang ni la philanthropists, thinker, movers, players. Bila kita nak jadi part of it? Even better, controlling it? Ok, bab2 ni gua semangat ni. Hihi. 

Tak rindu ke makanan Malaysia?

3 years of my life I've spent to rebuild myself. Gua terpaksa asingkan diri untuk bring the most of physical demands. Lidah gua, gua dah basuh hari2 kasik apa yang ada depan mata, telan je janji kenyang. 3 tahun gua paksa diri jd untuk bentuk self-discipline. 3 tahun jugak gua terpaksa bersabar layan kerenah orang sana sini utk build networks on a larger scale. 3 tahun jugak gua merana dalam hati. Tapi I've survived all that. All for the reason utk build the better foundation of continuing to learn the do's and don'ts of the world. Rindu tu memang rindu, tapi hati gua sekarang dah dibentuk jadi mcm air. To bring the best out of everything, we had to give up something. 


Ok, sekarang gua dah puas merepek. Nak sambung kerja, babai

Wednesday, April 27, 2011

As a man walks out of McTyiere


I guess this is a good song to this post

Spring semester sophomore, masa tu gua baru setahun jagung kat Vandy, berbekalkan sedikit azam nk keluar dari comfort zone/ comfort bubble malaysians kat Vandy, gua decided nk pindah rumah ke McT. Masa tu cuak jugak, sbb kena interview 2 kali, kena ada recommnedation dari language teacher, etc etc. Boleh ke survive kat tempat org ni? Boleh ke hidup keluar dari comfort zone ni? Tapi last2 gua pikir

"Maybe there's some stuffs in store for me over here if I could muster a little bit more courage"

So, since then, I have to say that I like it here. One thing yg buat gua rasa appreciated kat sini is that "There is no stranger in McT, everybody is part of the family". Dari budak berhingus, sekarang, gua dah jd somebody. Gua boleh survive sorang2 kat Jepun, and also gua boleh survive kat mana2 dlm US ni. McT ni redefined kamus hidup gua what on how the world works. Despite the fact that you are a bit too eccentric or regardless you are an amazingly nerdy geek, all are to be treated all the same here in McTyiere. Since I don't know where I'm at in that particular hierarchy, I too should treat everyone here all the same.

Dari sini la, gua dpt better understanding in dealing with other people, what friendship is all about, what relationship that we need to account for, and mcm2 lagi lah. Since first day gua datang sini, gua rasa very appreciated by everybody. Well, I guess that's what builds my character to become a stronger man. A stronger man isn't found in those gyms lifting dumb bells, nor found in those hiding themselves in one entity, rather it's someone who could break out of the entity, sew them together and makes them, a community. That's what the strength of leadership is all about. Strength in the world is not about reading books and live yourself in seclusion, instead, it's them who goes out and talk to others, and make a difference.

In McTyiere, tiap-tiap tahun, seniors from respective hall (well, in my case, Japanese Hall) akan kasik will (wasiat) kat orang2 seterusnya. And tonight, it is finally my time to give a word or two to my fellow McTyeirites  buddies. So, after deep consideration, gua decided to give 4 things/gifts as momentos to those who means a lot in my 3 years struggle in Vandy.

Andy-chan- sebagai pengganti tempat gua sebagai senpai next year, gua entrust this lovely hall to you :D

Chie Furukawa- 2 years of cherish able moments together both make us better adults. Though you're a couple of years older, you've treated me all the same, and so will I continue to apply your kindness towards others around me

Sohei Tateno-Baru kenal for a year, but I think this unprecedented fellow left such great memories sepanjang tahun ni. Needless to say, I've learnt a lot from you this past year, and I wish you all the best in the future undertakings. You taught me how to be wise bro :D

Keiko Rose Nakajima- The person who gave the most effort in turning Mr Syaf from nobody to somebody. Thank you for all the never-ending effort and teaching me the do and don'ts of the world :D

Lastly, not forgetting, even when you were not here tonight

Mr Sam Malanoski - Thanks for all the sincerity of being a memorable McTyiere fellow. I hereby announce this decree with all the Mctyiere powers bestowed in me to award you with Best McTyiere buddy :D


WITH YOU GUYS, ISN'T LIFE IS SIMPLY AMAZING? :D


Momento from McTyiere

Mr Sam Malanoski - Knowing you over these 3 years, I'm in my utmost confidence that you will be more than just successful in the future. I hope to see you soon, hopefully as world leaders :D


 Sohei Tateno: A Japanese in the not-so-foreign land of America

Chie Furukawa: Friend, teacher, mentor :D

Tuesday, April 12, 2011

Ehem ehem, trailer number 2.....

Ehem ehem, so dah lama jugak la gua tak update ini blog, baru2 ni gua mem''busy''kan diri dengan beberapa perkara penting dalam hidup gua seperti bergolek2 di atas katil, makan puas2 and membeli tingkap (window shopping).... Namun untuk tidak mengecewakan pembaca2 blog gua, arini gua nk review pasal trailer 2 MSAV S.E.W.E.L party (abbreviation senior-farewell).

So, ni video dia





Ok, untuk yang sedikit dungu kurang pandai, jalan cerita dia ialah, recap untuk semua theme2 yang diproposed before ni. Kiranya, setiap orang yang Boscoe (hero) jumpa sepanjang perjalanan crite ni bawak satu theme ngan diorang. For instance, yang first sekali ialah tema "Bekerja/working/warengek", then theme color, pastu "budak sekolah" then Victorian style, then binatang peliharaan/zoo (walaupun gua tak nampak ape correlation gorilla nak mengawan ngan tikus... (-_-") but that's what makes it funny. Hak3. Pastu Chun-li ngan Harry Potter tu bawak theme "Cosplay" and of course, rambut afro sarang tebuan serta button baju separa terbukak menayang buah dada tersebut membawak theme Retro!

Dipendekkan cerita, seme orang yang reject incik Boscoe sepanjang perjalanan cerita tersebut bermaksud theme tersebut di"reject". Paham ngak?! :-)

Anyways, gua malas nk review trailer ni sbb gua rasa jalan crite dia pon ok. Semangat gile budak2 ni dress up walaupun hanya untuk buat trailer, so gua rasa gua x pyh crite panjang lebar. Yang penting, gua rasa seme senior puas hati ngan usaha yang budak2 sophomore ni buat. Malam tu jugak, lintang pukang budak2 ni search online untuk carik baju sesuai ngan theme ni. Nafsu serakah shopping ni mmg dah lama jadi epidemic budak2 Vandy ni agaknye. Kah3

Masalah gua skrang ni ialah, mcm mana gua nk carik baju yg sesuai ngan retro ni. Ape definition retro ni agak2? Baru2 ni gua asyik la membeli tingkap (window shopping) kot2 ada baju2/costume2 yang gua minat. Tapi kejadah haram ape nk beli kalau konsep retro pon kite tak paham ye dak?

Meh sini kite survey sket2 concept retro ni meh!

The 50's!


Untuk kaum hawa, style 50's ni senang je. Style paling ketara ialah style dress simple2 menampakkan ketiak busuk serta jenis tie kat tengah2. Ala2 slim la senang crite. Tone color plak maximum 2-3 color aje. Corak paling moden tu plak kira polka dot je lah. Tambah plak ngan shades tebal2 kaler hitam/putih. Ni basic dressing dia ye. Paham ngak?

Untuk kaum jantan plak, senang je, pakai je topi cenggini. Skali ngan coat kaler hitam/kelabu. Abes crite. (Sesuai ngan sifat kaum jejantan yang tak suke pakai complicated2 tapi nk nampak smart, kui3)



The 60's!


Ini plak style the 60's. Masa ni musim ulat sutera kena kencing manis agaknya. Takpon pekerja2 kilang kapas kat China mogok lapar. Kalau korang perasan, skirt diorang dah makin pendek. Masa ni, fashion Mini Skirt dah start jadi femes. Mary Quant yg mula2 cipta benda alah ni kat Carnarby Street, UK. Plak tu, kaler baju2 akan jadi satu color. Mostly hitam/putih. Cube tanya mak2 korang, masa ni mmg dunia ni penuh ngan hitam putih je. Ye la kan, kalau campur hitam putih kang jadi taik cicak plak kan. So, pilih satu kaler sudah...



.................. (-_-") satu je komen gua, cawat kecik + sendat, tak selesa ehem2, nuff said.....

The 70's!




Time ni dikenali sebagai zaman keselesaan. Since comfortability jadi issue utama masa ni, byk fashion2 diubahsuai so that pemakai rasa selesa lagi comfortable. Selepas menyedari masalah cawat pendek, kaum lelaki decide nak kasik selesa sket kat seluar diorang. So, diorang besarkan sket part2 sempit, yg jadi problemnye, bahagian bawah je dilonggarkan. Cawat? Tarik nafas dalam2..... kepit sikit.... SETEL!



Masa ni aspek keselesaan tetiba jadi issue utama. Kirenye dah nampak sikit2 la pembaharuan fashion di kalangan kaum hawa. Design2/color2 dah makin banyak, masa ni UK jadi perintis utama fashion. Corak2 Burberry start claim design diorang dari sini. Since kaum2 pompuan takleh get over lagi dari fashion mini skirt of the 60s, diorang encounter penyakit baru dikenali sebagai "Simptom kangkang dingin". So, atas nasihat doctor pakar, kaum hawa cipta satu benda dinamakan knee socks.


The 80's!


Time ni, fashion dah jadi outbreak. Sbb time ni trend merepek2 makin menular kat segala pelusuk bumi. Baju ropol2 cam lemak kuda, rambu2 sana sini glitter tu glitter ni, tu seme style the 80s habaq hangggg....

Ni example dia:




Time ni la outbreak fashion, kirenye, time ni la accesories2 merepek2 byk dicipta sbb kaum manusia dah takde idea nk ubah baju mcm mana. So masa ni jadi shades mata lalat, leggings, baju londeh2 nampak tutttttt, etc etc...



Fashion sekarang?





No comment! (-_-")







Thursday, March 24, 2011

THE TRAILER: THE REVIEW

First things first,

JOM TGK VIDEO NI!


Dah tgk?


As a senior yang akan grad lagi 45 hari, gua rasa gua dah boleh grad dengan tenang lepas tgk trailer yang budak2 class of 2013 ni buat. From a neutral point of view,  it sure seems like it takes a lot of time to produce such well-prepared film. Kira bukan buat cikai2 la. A few points yang aku suka are:

Sani's cincin third angle effect
-Gua paling suka part ni, sbb gua rasa camera part cincin tu di zoom in, and part letak marker tu style video Yasmin Ahmad. Gua rasa the biggest challenge untuk produce smooth transitioning video is to make use of the 3rd person environmental view. Susah nak paham? Meh sini gua explain.... b4 tu cube tgk video bawah ni:



Ok, kalau korang perasan, ada macam2 video yang diambil. Directors call these views as "third eye" maksudnya, directors make use of the eye effect from non-living objects or public view. For instance, view dari batu tepi jalan, or view dari divider tepi jalan, or batu dari sebatang pokok, or even view dari orang yg lalu-lalang di sekeliling anda. These views akan buat video lg crisp sbb ada effect "lag" tp tak mengganggu transition sesuatu ceriter.



Ok, kalau korang perasan, drama mexico banyak ada effect ni. Byk video is taken from forward view or side view. Technique ni byk digunapakai dalam drama yg panjang2 sbb style camni mempercepatkan filming process. Kalau drama panjang berjela2 style Rosalinda yg jadi pujaan hati kaum2 ibu korang tu, style ni byk digunapakai sbb nk jimat masa shooting. Ye la, masa shooting byk abes utk mekap muka Rosalinda saje. Kalau kikis2 mekap kat muka tu, bole buat cucur badak kot. So, nk jimat masa, kena la pakai method ni. Unless korang mmg jenis takde keje kat rumah or setakat nk buang masa sambil2 lipat2 baju tu, maka ok la kot korang tgk crite2 camni.

Lagi satu, korang familiar ngan Cinta Kirana x? Then, korang mesti familiar dgn style film camni:



Ni salah satu lg contoh camne nk buat crite panjang, tapi director malas ambek angle berbagai2. So, diorang akan buat byk efek terkejut sampai korang dah tak terkejut dah sbb dah mmg lali ngan 'kekejutan' tersebut. Ye la, take 10 minit je sampai nk 4-5 kali terkejut, ape kes??!! So, diorang akan zoom in kat muka and buat slow motion. Filem2 Indon mmg byk efek2 camni for some reason.

So, the usage of different angle dalam SFP ni gua rasa membuatkan clip video ni sgt interesting. Some key angle yg penting dalam ni gua rasa ialah:

1) Joe main squasy
-Camera pusing2 keliling player. Hopefully dalam process tu takde org kena hentak ngan bola tu la

2) Sani tulis equation kat whiteboard
-Camera zoom kat cincin sani. Stressing the point yg ada org tgh belajar or semangat belajar. Ada effect cam tunggu camtu

3) Aini terlanggar pintu.
-Timing is the best criteria kat sini. Dari angle belakang, pintu tak sempat tutup lg (slightly ajar), then tukar angle dari dpn, baru pintu slowly tertutup. Perfect! Baru nampak natural!! Gua estimate ni mau 6-7 kali take baru nk dapat ni. Takpon trim and cut masa video editing.

4) Sunlight beam terpancar dari 3rd person view masa berdiri ramai2
-Gua dgr budak2 ni crite yg efek tu kebetulan je dpt, takde add dlm video editing pon. Tapi efek tu look very vibrant from a distance. Ala2 mcm masuk dunia misteri or glance in a distance la.

5) View org jamming
-Kalau korang perasan, introduction utk Boscoe panggil budak2 jamming tu tak start dari wide angle tunjuk semua org. Instead, dia start dari close front view Bass, guitar mic ngan drum. So, efek ni yg buat video ni mahal. Nature manusia is very suggestive, so bila camera angle introduce the jamming scene dari angle ni, org akan start guessing, before actual wide video dipaparkan.

All in all, walaupun tak terlibat dgn actual work of the shooting or experiencing it first hand. Gua boleh rasa budak2 ni spend byk masa utk buat video ni. Gua estimate re"taking" untuk dapat the best angle possible take the most time out of everything. Honestly, gua terharu la sbb org spend so much time, juggling between homeworks and other activities to make this trailer, a reality. And frankly speaking, it's something that's worth to be bragged about.

To batch of 2013:


AWESOME WORK! THANK YOU SO MUCH FOR THE TREMENDOUS EFFORT. WE, CLASS OF 2011 HEREBY HOLD OUR HEADS HIGH AND TAKE OUR HANDS DOWN FOR THE AMAZING WORK! おつかれさまでした、みんなさん!

:D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D
*Senyum memanjang

Tuesday, March 15, 2011

A dad's wisdom in me

"Along, I'll get you a computer if you manage to get 1st place in class"

Tu line pancing ayah gua nak suruh gua belajar betul2 masa skolah rendah dulu. Masa tu gua rasa function computer ni untuk main game aje, so gua pon seronok la sorang2. Lagi2 bila takde lagi computer kat rumah. Kira cam motivation la of some sort. Pandai sungguh incik ayah, pancing anak2 dengan hadiah. So, gua pon belajar la betol2, and alhamdulillah, lastly dapat jugak secure 1st place dlm class. So, a few weeks later, datang la computer baru kat rumah. Masa tu computer tu besar2, kotak2 dia toksah crite la, besar haram. Gua ingat mak gua recycle balik kotak computer tu buat simpan kain baju dalam stor. Punya la besar kan... Masa tu seronok tak ingat dunia la, siang malam main game aje keje. Tapi one day, gua dapat tau incik ayah mmg dah plan awal2 nk beli desktop pon untuk dia buat kerja pon, saje je dia pancing gua suruh blaja rajin2. Kira cam sambil menyelam minum air la orang kata. Pandai sungguh beliau

"Along, if you get 8As PMR, papa will give you a present, and you get to pick what you want"

Masa tu dekat PMR, so sebagai budak lelaki sejati, gua mmg berkenan dengan console2 game. Nak beli sendiri tak mampu. So, dulu2 gua sanggup kayuh beskal tgh2 panas pergi rumah kawan yang ada console sbb nk main sama2. Kalau time tayar beskal pancit, kena la menapak sendiri jauh2. Panas lagi, dahaga lagi, penat lagi. Seksa toksah crite la. Pancit siot. As a result, gua decide nk deal ngan incik ayah nk game sebijik. Target2 masa tu nk PS2 la. So, sebagai pelajar bertanggungjawab (hotak dia), gua maintain on top of the class sbb target gua satu je, nk console game tersebut. Hak3. Alhamdulillah, dapat 8As plak untuk PMR, so dapat la merasa main PS2 sendiri. Tak perlu kayuh beskal jauh2 semata2 nk main game lagi. Tak perlu lagi berpanas2, berpeluh2 pastu bau cam bangkai bile balik rumah jalan tengah2 panas.

Masa SPM plak, ayah gua tak janjikan apa2 pon. Ada la terdetik dalam hati ni kadang "eh, kali takde ape2 ke?" Tapi gua rasa incik ayah pun tau gua dah paham tanggungjawab gua masa tu sebagai seorang student tahun akhir secondary school. Tak perlu upah2 lagi, tak perlu hadiah2 lagi. Masing2 dah besar kan. Patutnya dah pandai pikir sendiri. Alhamdullilah jugak, gua pon dah pandai fikir sendiri masa tu. Tup2, gua dapat 12A1 and 1B3. B3 tu plak tasawwur islam, wakakakaka. Sayur giler bab2 agama ni rupenye gua ni. Tapi takpe, pedulik ape gua, janji dah buat yang terbaik dengan usaha sendiri. Petang tu kitaorang gerak pg KL. Sbb masa tu musim cuti sekolah. Malam tu, tgh2 chill2 sorang2 dalam bilik hotel, adik gua ketuk pintu.

Tok tok tok

Kelihatan adik gua yg kecik tu kat muka pintu.

"Along, papa ngan mama panggil along kat bilik, ada private conference sikit diorang cakap"

"Okey" balas gua selamba sambil bawak jambu batu hiris yang gua tgh melantak tadi.

Dalam bilik parents....

"Along! Duduk sini, papa nk cakap sikit."

*Dalam hati, "aiseh, gua ada buat salah ke? Serius pelik pulak nada ni"

Incik ayah duduk bersila depan gua ala2 samurai jepun. Sepantas kilat, dia celup poket kanan, kuarkan sesuatu.

"Abeslah, nk kena marah ke ape ni" jerit hati kecil gua, sedikit cuak

Tersergam indah duit kertas 50 hengget berhelai2 dalam genggaman incik ayah. Rupe2nye, duit yang dikeluarkan dari poket tadi. Pelan2 dihulurkan kat tangan gua.

"Along, papa bagi along RM2000 ni untuk along belanja. Ikut along lah nak beli ape2 pon. Tak kesah la game ke ape ke. Ni hadiah sempena result SPM along. Along tahu kan kitaorang sayang along."

Esoknya, gua pergi bank, gua sendiri pergi deposit duit tu kat ASB. Gua tak sampai hati nk guna duit tu untuk beli barang merapu2, instead gua simpan target utk investment masa depan. Mana tahu nanti dapat offer pergi mana2 nanti kan. At least da ada duit sendiri nk buat apa2 nnt.

Tup2, dah 4 tahun gua kat Vandy ni. Lagi 2 bulan lagi nk grad. Dah ready nk masuk alam pekerjaan dah pon.
4 years in the States brought the manhood in me. Macam2 pengalaman pahit and manis yang dah gua lalui untuk jadi orang berguna. And sepanjang 4 tahun tu jugak, wisdom incik ayah sentiasa ada kat diri gua. Hopefully, wisdom tu akan berkekalan sampai gua mati nnt.

Sampai sekarang gua ingat, incik ayah gua:

Incik ayah tak pernah merungut hantar anak dia jauh2 dulu sbb anak dia masuk pertandingan invention dulu2.
Incik ayah yang tak pernah say no kalau gua mintak apa2 dengan dia.
Incik ayah yang tak pernah berhenti tolong gua carik jalan penyelesaian kalau gua ada story2 problem kat dia.
Incik ayah yang rela korbankan masa rehat dia untuk bawak family pg bercuti sama2 time gua balik summer.
Incik ayah yang sentiasa bagi sokongan kat apa2 yg gua buat sampai gua jadi orang.

Now, it's time untuk gua pulak untuk teruskan wisdom beliau. Gua doakan 1 hatri nnt gua jadi orang yg awesome macam incik ayah jugak.

I love you dad!

Monday, March 14, 2011

Isn't life amazing when people appreciate us? :D

11 March 2011 9PM


Jom dengar lagu ni sambil2 baca post ni:



"Buzz"

Bunyi YM kat desktop gua memecah keheningan malam. Gua tgh lalok atas katil tgk Family Guy, sitcom feveret gua terus terpaku, keras....

"Tap tap tap" bunyi keyboard logitech yg sedang rakus ditaip jejaka macho bernama Syaf.

"Kol 9 nnt jom pg cinema doe, ada crite baru kuar, red riding hood, aku ada tiket lebeh"

"Nape awal sangat doe, pergi la lewat sikit, ni baru Friday doug" gua taip selamba sambil tarik kening kanan ke atas ala2 The Rock, sambil berfikir sesuatu...

"Ada shooting ke?"

"Aah, dillot cakap takleh lewat2, ada shooting malam kang, kene shooting Senior Farewell Party lewat sikit sbb ramai orang kat Branscomb nnt"

Gua tersenyum sinis.

"Erm, okeh, layan je la then"

Tepat kol 9  malam, gua bergegas turun ke blik member gua kat McTyiere, si achid yang gua berjaya tarik masuk Chinese Hall dulu. Kelihatan beliau sedang kusyuk melantak ketiak ayam obies sorang2 dalam bilik.

"Eh, cepat la, kata movie start kol 9, ni dah 9.02 pm ni. Nnt tgk crite separuh jalan la jawabnye"

"Okeh, jom!!"

Deruman enjin Nissan Altima 2.5 di luar mengaum tanda dihidupkan. Gagak2 yang tgh tido atas pokok semua bertempiaran lari terbang dek kerana terkejut. Tak kurang yg rebah ke tanah akibat terkena serangan jantung.

"Damn, nanti kene isi minyak nampaknya ni" ujar gua selepas tgk meter minyak yang agak segan2 tunjuk kat E. Sambil tarik handbrake, gua sempat buat drift kat belakang Branscomb dalam sebijik dua sbb jarang dapat kereta best untuk dibawak berjalan walaupun sekadar untuk tgk wayang. "Screehhhhhhh" tayar belakang berasap menambah macho pada skill gua buat stunt. Ok, tu tipu.

"Eh, singgah depan Branscomb la ambek budak2 ni. Diorang tunggu kat situ tu"

Nissan Altima yg degembar-gemburkan tadi dimatikan depan curb Branscomb. Tak semena-mena, si Achid ni ambek kunci kereta gua bawak kuar  sedikit melemparkan senyuman sinis sambil berjalan ala2 Backstreet Boys masuk ke Branscomb. Mentang2 la kereta keyless tak payah cucuk kunci boleh start, ske ati beliau je nk cilok kunci gua, ceit!

Langkah gua pon dimulakan menuju ke Branscomb.

Krakkk

Sejurus selepas pintu dibuka, gua nampak budak2 ni tgh berkumpul belakang pokok.

"Heh, ini mesti nk kejutkan gua ni" gasak gua dalam hati tapi masih maintain muka cool.

Suara Wani the Datin terngiang ditelinga.

"Ala... tak jadi.... " sambil ambil gambar gua cover kejutan yg dah spoil.

Tak semena2, air berterbangan di udara singgah ke badan gua. BASAH KUYUP....

"Prappp prapp" bunyi bom telur yang pecah di badan gua. Wargh, basah, melekit. Gua rasa cam ular baru mengawan lilit badan gua pon ada. Hak3.

Terbahak-bahak budak2 sophomore Class of 2013 ni bantai gua ngan telur ngan air. Seronok la tu prank orang. Kui3.

HAPPY BIRTHDAYYYYYYYY!!!

Dengar suara budak2 ni menjerit bagai nk rak kat gua. Hak3.. 

So, dipendekkan crite, selepas menyental telur2 kat badan gua yg menggiurkan ni, gua patah balik kat Branscomb. Si achid ngan dillot tarik gua pg kat Lounge tgh and tersergam indah sebijik kek penuh berkilat2 kat meja. Rupe-rupenye diorang ni dah pakat nak kenakan gua sempena hari lahir gua yg ke 19 22 kat Vandy ni. Selebihnya, gua kasik gambar2 ni explain camne gua rasa masa tu.....



The aftermatch

Lpas kena baling telor
Senyuman berbisa meon yg mampu mencairkan hati gadis2

Kek penuh berkelip

 Orang tak biasa potong kek


How I wish ada gambar2 lagi untuk dibuat kenangan, tapi camera plak abes battery, hak3.... Kalau tak mesti sempat ambil gambar semua orang. Tapi takpe, yg penting, semangat budak2 ni yg bertungkus-lumus buat birthday party gua ni yang paling gua treasure. First birthday party in 4 years plak tu kan.... Seronok gaban! Ingatkan dah dapat kek kat Baskin Robbins takde la kena prank dah, alih2, kena jugak rupenyer.... Kui3.

Actually gua dah agak akan kena prank sbb ayat si Achid tadi yg agak terkantoi. Ye la kan, dah Spring Break, apekejadahnya ramai orang kat dorm plak kan. Kui3... Comel je gaya kantoi beliau. Tapi gua layankan jugak akhirnya. Gua rasa cam bapak budak kena prank ngan anak2 dia time balik keje, camtu la perasaan dia lebih kurang. Dia dah tahu budak2 ni nk prank dia, tapi dilayannya jugak sbb sayangkan anak2 dia. *Walaupun gua takde anak lagi, tapi insyaalah nnt gua nk dlm 7-8 orang, kalau boleh, buat team volleyball terus, baru meriah, hak3

Sbb takde picture semua orang, gua nk ucapkan kat semua budak2 yang datang sambut haritu:

Dillot, Abel, Achid, Bella, Wani, Aini, Meon, Diana, James, Boscoe, Zaki, Tasah, Syun, Iskandar, Saira, Atie, Sani, Rain, Irfan, and sape2 lagi yg datang in case gua tak ingat nk sebut nama korang :D

Thank you budak2, sbb sanggup ingat kat orang tua ni
Thank you budak2, sbb sanggup spend time busy buat trailer untuk belikan kek untuk gua
Thank you budak2, sbb buat gua rasa appreciate life even more
Thank you budak2, sbb bersusah payah buat prank untuk gua
And thank you budak2, sbb bagi memory terbaik kat gua sepanjang 4 tahun kat Vandy ni :D

Gua cakap ni sekali je eh? Lemak la nak ulang tayang kan. (Walaupun ni kira mencilok ayat korang kan)

"Aku sayang korang semua" 


Random post dari orang tua yang akan tinggalkan Vandy soon

A little Florida suprise

March 9th 2011

Baru2 ni gua sempat pergi Beach House ngan collegues gua kat Ponte Vedra Beach, Florida. Seronok la spend masa ngan budak2 ni sama2 main tepi pantai (lama tak mandi laut), so kitaorang target nk pergi mancing kat Pier, naik scooter jalan2 tepi pantai, shopping kat outlet, main air puas2, pendek kata enjoy abes la. Tapi sayangnye, since weather and situation x membenarkan plan kitaorang untuk fishing ngan naik scooter tinggal angan2 sebab weather panas terik and kedai sewa fishing rod plak tak jumpa carik walaupan dah 2 hari carik. Kureng asam punya tauke kedai... Cakap la kalau nk pindah ke, tutup ke, takde la kitaorang terjulur2 terjelir2 carik kedai ni. Ceit.

Anyways, sbb dah janji nk carik Ice Cream ngan orang, gua pon bertungkus lumus la carik Baskin Robbins malam tu kat google earth. Ada la 2 locations jumpa, tapi sayang berbau malang, satu kedai tu dah tutup. Isi alamat kat GPS carik Baskin Robbins, tapi alih2 sampai kedai jual ikan, waaaahhh, pandai plak GPS ni buat lawak antarabandar, aku hempuk ni kang! Nasib baik harta orang, kalau tak lama dah gua celup dalam air kopi buat biskut cicah. So, nasib baik ada alamat spare, so takde la kempunan sangat.

Si dillot, achid ngan abel ni plak dah merengek2 nk Ice Cream Baskin Robbins dari semalam, so untuk tidak menghampakan harapan adik2 tersayang, gua patah balik pergi Universal Blvd (x jauh pon, dlm 3 miles je). Tup2 plak masa tu hujan lebat tetibe, siap ngan angin bertiup kencang (fuh, ayat skema, ngeh3). Time bawak2 keter tu sampai terhuyung hayang steereng wheel tu gua rasa. Gua rasa kalau budak2 dalam keter ni ada kat luar, mau terbang je kene tiup angin cam ni



Siot! So, drive punya drive, sampai la jugak kat Baskin Robbins tu at last. Agak struggle gak la nak sampai ngan visibility yg sangat poor. Nampak je signboard Baskin Robbins tu.....



Budak2 ni terus menjerit terlolong terpekik2 cam orang gila dalam kereta. Ok, tu tipu la kan. Tapi, basically menjerit gak la sikit. Baru je gua pull in kat parking spot tu, tup2, tgk kanan kiri, budak2 tu dah hilang dari keter, gampang! Mcm pelesit berlari keluar keter masuk kedai BR. Lama tak mengidam mungkin? Terkebil2 gua dalam keter terlopong. 

So, masuk2 kedai, gua pergi la kat counter tu ngan budak kecik ni pilih aiskrim. Lepas pilih2 ais krim tu, ternampak la budak2 ni tgh tunjuk2 kat peti sejuk besar kat tepi pintu masuk tu. Tunding sana tunding sini. Ntah ape diorang buat pon x tau. So, gua pusing blakang la tanye ape diorang buat, ternampak la si Achid ni pegang kotak kek sebijik. *tak perasan lg gua tgh perhati

"Beli ape doe Achid?"

Muka terkejut. Suasana kaget, hening.....

"Eh2, takde ape2 doe.." 

Sambil buat cubaan gagal menyorok blakang Abel sorok kek. Kek besar kotak kasut nk disoroknya celah kaki besar botol air, mmg epic fail la kan. Hak3

So, gua perasan la budak2 ni rupenye merengek nk Baskin Robbins tu bkn sbb nk aiskrim sangat, tapi nk buat surprise untuk gua. Alahai, comelnye budak2 ni.. Nak beli sendiri tak boleh sbb kunci kereta gua pegang.... Hak3.... 

So, sbb dah terkantoi ngan gua, budak2 ni pon bayar je la kek tu, ambek talam 2 bijik and datang kat meja gua yg tgh lalok menjilat Ais Krim.

"Rasanya dah kantoi dah tadi, tapi takpelah, ape2 pon, kitaorang bertiga nk ucapkan Happy Birthday!"

*Senyum sampai ke telinga :-D


A little sneek peek 


Brainfreeze melantak kek

Kek bentuk batang kayu
Adik di Vandy
Senyum memanjang
Mastermind a.k.a adik di McTyiere


1st actual birthday party in 4 years :D 



Thank you korang for making my life, interesting!

DON'T LITTLE THINGS IN LIFE MAKES LIFE MUCH MORE AMAZING? :D

ほんとうに ありがとう ございます