Tuesday, April 12, 2011

Ehem ehem, trailer number 2.....

Ehem ehem, so dah lama jugak la gua tak update ini blog, baru2 ni gua mem''busy''kan diri dengan beberapa perkara penting dalam hidup gua seperti bergolek2 di atas katil, makan puas2 and membeli tingkap (window shopping).... Namun untuk tidak mengecewakan pembaca2 blog gua, arini gua nk review pasal trailer 2 MSAV S.E.W.E.L party (abbreviation senior-farewell).

So, ni video dia





Ok, untuk yang sedikit dungu kurang pandai, jalan cerita dia ialah, recap untuk semua theme2 yang diproposed before ni. Kiranya, setiap orang yang Boscoe (hero) jumpa sepanjang perjalanan crite ni bawak satu theme ngan diorang. For instance, yang first sekali ialah tema "Bekerja/working/warengek", then theme color, pastu "budak sekolah" then Victorian style, then binatang peliharaan/zoo (walaupun gua tak nampak ape correlation gorilla nak mengawan ngan tikus... (-_-") but that's what makes it funny. Hak3. Pastu Chun-li ngan Harry Potter tu bawak theme "Cosplay" and of course, rambut afro sarang tebuan serta button baju separa terbukak menayang buah dada tersebut membawak theme Retro!

Dipendekkan cerita, seme orang yang reject incik Boscoe sepanjang perjalanan cerita tersebut bermaksud theme tersebut di"reject". Paham ngak?! :-)

Anyways, gua malas nk review trailer ni sbb gua rasa jalan crite dia pon ok. Semangat gile budak2 ni dress up walaupun hanya untuk buat trailer, so gua rasa gua x pyh crite panjang lebar. Yang penting, gua rasa seme senior puas hati ngan usaha yang budak2 sophomore ni buat. Malam tu jugak, lintang pukang budak2 ni search online untuk carik baju sesuai ngan theme ni. Nafsu serakah shopping ni mmg dah lama jadi epidemic budak2 Vandy ni agaknye. Kah3

Masalah gua skrang ni ialah, mcm mana gua nk carik baju yg sesuai ngan retro ni. Ape definition retro ni agak2? Baru2 ni gua asyik la membeli tingkap (window shopping) kot2 ada baju2/costume2 yang gua minat. Tapi kejadah haram ape nk beli kalau konsep retro pon kite tak paham ye dak?

Meh sini kite survey sket2 concept retro ni meh!

The 50's!


Untuk kaum hawa, style 50's ni senang je. Style paling ketara ialah style dress simple2 menampakkan ketiak busuk serta jenis tie kat tengah2. Ala2 slim la senang crite. Tone color plak maximum 2-3 color aje. Corak paling moden tu plak kira polka dot je lah. Tambah plak ngan shades tebal2 kaler hitam/putih. Ni basic dressing dia ye. Paham ngak?

Untuk kaum jantan plak, senang je, pakai je topi cenggini. Skali ngan coat kaler hitam/kelabu. Abes crite. (Sesuai ngan sifat kaum jejantan yang tak suke pakai complicated2 tapi nk nampak smart, kui3)



The 60's!


Ini plak style the 60's. Masa ni musim ulat sutera kena kencing manis agaknya. Takpon pekerja2 kilang kapas kat China mogok lapar. Kalau korang perasan, skirt diorang dah makin pendek. Masa ni, fashion Mini Skirt dah start jadi femes. Mary Quant yg mula2 cipta benda alah ni kat Carnarby Street, UK. Plak tu, kaler baju2 akan jadi satu color. Mostly hitam/putih. Cube tanya mak2 korang, masa ni mmg dunia ni penuh ngan hitam putih je. Ye la kan, kalau campur hitam putih kang jadi taik cicak plak kan. So, pilih satu kaler sudah...



.................. (-_-") satu je komen gua, cawat kecik + sendat, tak selesa ehem2, nuff said.....

The 70's!




Time ni dikenali sebagai zaman keselesaan. Since comfortability jadi issue utama masa ni, byk fashion2 diubahsuai so that pemakai rasa selesa lagi comfortable. Selepas menyedari masalah cawat pendek, kaum lelaki decide nak kasik selesa sket kat seluar diorang. So, diorang besarkan sket part2 sempit, yg jadi problemnye, bahagian bawah je dilonggarkan. Cawat? Tarik nafas dalam2..... kepit sikit.... SETEL!



Masa ni aspek keselesaan tetiba jadi issue utama. Kirenye dah nampak sikit2 la pembaharuan fashion di kalangan kaum hawa. Design2/color2 dah makin banyak, masa ni UK jadi perintis utama fashion. Corak2 Burberry start claim design diorang dari sini. Since kaum2 pompuan takleh get over lagi dari fashion mini skirt of the 60s, diorang encounter penyakit baru dikenali sebagai "Simptom kangkang dingin". So, atas nasihat doctor pakar, kaum hawa cipta satu benda dinamakan knee socks.


The 80's!


Time ni, fashion dah jadi outbreak. Sbb time ni trend merepek2 makin menular kat segala pelusuk bumi. Baju ropol2 cam lemak kuda, rambu2 sana sini glitter tu glitter ni, tu seme style the 80s habaq hangggg....

Ni example dia:




Time ni la outbreak fashion, kirenye, time ni la accesories2 merepek2 byk dicipta sbb kaum manusia dah takde idea nk ubah baju mcm mana. So masa ni jadi shades mata lalat, leggings, baju londeh2 nampak tutttttt, etc etc...



Fashion sekarang?





No comment! (-_-")







No comments:

Post a Comment