Monday, December 13, 2010

Update

Parah2, skrang ni snow kat Nashville, tapi gua pon ada exam, sbb final year, nafsu main snow tu lagi tinggi dari nafsu nk prepare exam. Kui3... So, start besok, gua dah kena pulun untuk Final Heat Transfer. So, cerpen tu nanti gua sambung lepas final okeh?


Ciao~

Sunday, December 12, 2010

Cerpen: Janji 2 dunia




Sebab tadi gua kena cabar tulis cerpen, gua sahut cabaran beliau.. Tapi before start, korang pasang la lagu ni kasik layan sket, Ahaks







"Suram juga malam ni yek? Bila la salji nak berhenti ni..."


Kei berbisik sendirian di dalam hati, sambil berpaling dari cashier di depan. 

"Arigatou gozaimasu"

Ujar cashier tersebut, sambil membongkok sedikit, menunjukkan hormat kepada pelanggan yang berkunjung. Kei keluar dari 7-11 tersebut sambil membuka payung kecil yang sentiasa dibawanya di dalam beg. Maklumlah, cuaca sekarang makin dingin, angin pula sejuk sampai ke tulang sum-sum. Sebagai engineer di Toyota Research Center, tanggungjawab beliau berat. Kadang-kadang research sampai pagi di negara matahari terbit tersebut. Kadang-kadang semacam tiada kamus tidur dalam benaknya. Macam-macam yang perlu difikirkan di dalam otak setiap masa.

Setibanya di stesen keretapi laju, Kei menjamah onigiri yang dibelinya tadi. Langkahnya lemah, bajunya basah kerana hujan , tangannya terasa kebas sedikit kerana angin sejuk. Matanya agak kuyu, penat. Sambil menguyah, Kei sempat melihat ramai orang Jepun yang berpusu-pusu balik dari mencari rezeki. Ada yang membawa beg galas, berkepit-kepit dengan kertas kerja, tak kurang juga yang tekun membaca sambil berjalan.

"Rajin .... agaknya mereka penat macam aku juga kot, tak penat ke hari-hari macam ni, haih, Jepun, jepun...."

Sedang enak menjamu selera, terasa begnya dipegang sesuatu. Kelihatan seorang perempuan Jepun memegang begnya, mendongak perlahan-lahan di tengah-tengah orang ramai.

"Maaf, contact lens saya terjatuh, saya sangkakan awak kawan sepejabat. Maafkan saya..." seraya menunduk.

"Oh, tidak apa. Mari saya tunjukkan jalan cik...." sambil memimpin tangan perempuan tersebut. Walaupun penat, hatinya ikhlas mahu menolong. Dirinya memang diasuh untuk membantu orang dalam kesusahan, mungkin kerana nalurinya yang senang berbelas kasihan.

"Hendak pergi ke mana?"

"Minami Machida, rumah saya dekat dengan stesen tu"

"Owh, kebetulan, rumah saya pun dekat dengan stesen, dekat dengan sekolah rendah Rinkan"

"Betul ke?" ujar perempuan tersebut, sedikit bernada terkejut sedikit gembira

"Betul, hari-hari saya pergi kerja ikut jalan belakang, dekat dengan tempat letak basikal awam tu.

"Oh, saya selalu ikut jalan sebelah Cafe tu, sebelum pergi kerja, saya selalu beli kopi kat situ, oh, maafkan saya, nama saya Yuki.."

"Saya dah tahu dah..."

"Macam mana awak tahu?"

"Tengok pun saya dah tahu, saya agak-agak nama mesti Yuki, sebab wanita comel muncul tengah-tengah salji, kan Yuki tu maksud dia salji..."ujar Kei sambil tarik muka comel selamba.

Kei memang ramah orangnya. Walaupun begitu, dia jarang bercakap dengan orang kerana adat orang Jepun yang kurang tegur menegur di tempat awam. Masing-masing macam semut, keluar membating tulang setiap hari kerana bagi mereka itulah tanggungjawab, sentiasa berkejar-kejaran mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga. Tanggungjawab sebagai seorang rakyat Jepun.

"Awak orang Jepun kan?"

"Tak, saya orang Malaysia"

"Oh, tapi bahasa Jepun awak boleh tahan ape"

"Haha, saya belajar di Amerika dulu, kat Vanderbilt University, tapi sempat belajar bahasa Jepun sejak tahun kedua di Universiti"

"Jadi awak belajar Jepun selama 3 tahun?"

"Tak, saya ambil bahasa Jepun setahun aje. Tahun ketiga tak dapat ambil sebab clash dengan kelas engineering saya, tapi sebab saya tinggal kat International Hall, dapat juga saya belajar sikit-sikit"

"Oh, habis tu awak belajar bercakap dari mana?"


"Dari cikgu saya, Tomotsu sensei"

"Di Amerika?"


"Tak, Tomotsu tu watak anime, maksud saya, saya belajar dari anime" ujar Kei seraya tergelak kecil.

Aur wajah Yuki berubah merah melayan telatah Kei, menahan ketawa. Perbualan mereka berlanjutan. Sejam di dalam densha hampir tak terperasan. Malam itu merubah mood Kei. Letih-letih badan hilang. Sudah 2 tahun dia berada di sini, tapi hidupnya ibarat Honda Asimo, setiap hari kerja, kerja dan kerja. Selain bos dan rakan sekerja, dia tidak berapa bergaul dengan orang lain. Mungkin kerana dia tinggal seorang diri di rumah, tiada peneman, awal pagi keluar bekerja, balik pula tengah- tengah malam. Masa rehat di ofis pula hanya 45 minit.

Setibanya di Rinkan, mereka berjalan pulang bersama-sama. Banyak pula cerita. Senyap-senyap, sempat juga bertukar-tukar nombor telefon sebelum berpisah. Gatal... (-_-")

*Sbb gua susah nk sambung crite and rasa geli geleman sbb guna bahasa lembik2 camni, gua nk bg casual sket jalan crite

Hari esoknya bermula seperti biasa. Seawal 6 pagi, stesen kereta api sudah mula dipenuhi kelibat manusia. Dari barisan depan, Kei menjenguk-jenguk ke sana ke mari. Hanya ada kelibat salary man dan office lady, yang lesu dengan rutin harian mereka. Tiada tanda-tanda Yuki langsung.  Hatinya hampa.

Tiba-tiba lagu Robinson berkumandang.

"Ah, ada orang sms.." getus hatinya sambil tangannya rakus menekan Iphone.

Ohio gozaimasu. Sihat harini? Terima kasih sebab tolong saya semalam. Maybe nak cepat balik semalam, tapi kena tolong saya pulak, sorry... Bukan senang nak cari orang macam awak kat Tokyo ni sekarang tau. Arigatou :p

"Tet tet tet" jari jemari Kei pantas menjawab.

Takpe, hal kecik aje tu. Lepas ni awak bawak la contacts spare pergi mana-mana. Ye la, nasib baik saya yang awak tersilap orang tu, kalau awak tersilap orang Yakuza macam mana? Bahaya tau? Nanti kalau awak nak saya teman balik lagi, sms je tau :p

Sinis, sedikit nakal tapi comel. Hari itu, Kei mendapat semangat baru hari ini. Gembira mendapat seorang kawan. Kerja yang berlambak-lambak di office, cepat saja diuruskan. Mood senang, hati pun girang. Sampai lunch pun terlupa sama sekali. Malam itu, mulalah perut Kei bermain Orchestra. Di luar office, kelihatan hujan sedang rancak turun.

"Krukk krukk" bunyi sang perut.

"Urgh, menyesal pula tak makan tadi, sekarang sape yang susah? Aku sendiri jugak!" bentaknya perlahan. Kerana tak tahan lapar, Kei terpaksa akur dengan kehendak perutnya.

"Malam ni makan Donburi la pulak, hari-hari asyik maggi je tengah-tengah malam, lagipun boleh tunggu hujan berhenti"

Sebagai penggemar makanan laut, Donburi memang 'soft spot' untuk Kei. Udang segar, serta hirisan halus tuna yang dihidang atas nasi, memang mampu buat penggemar seafood kecur mulut. Tambah-tambah lagi ada green tea panas masa-masa hujan macam malam ni. Sedang enak menjamu selera, pelayan restoran tiba-tiba bertanya.

"Maaf encik, restoran kami dah penuh. Tapi ada seorang lagi customer kat luar yang nak makan kat sini. So boleh saya bagi dia duduk sebelah encik?"

"Tiada masalah" jawabnya ringkas

"Maaf mengganggu....."

Kei semacam pernah dengar suara yang menyapanya dari belakang. Kelihatan Yuki dengan rambut basah, mukanya suam-suam merah.

"Ah!"

"Ah! Yuki! Wah, kebetulan lagi ye kita terjumpa. Mari-mari duduk sini"
sambil menarik kerusi dengan gaya agak gentleman.

"Terima kasih...." jawabnya ringkas, sedikit malu.


Malam itu ialah pertemuan mereka yang kedua. Tapi, kurang dirasakan jurangnya. Setiap luahan perkataan semakin mesra.

"Awak tahu tak ada kisah menarik pasal Donburi ni? Kenapa hampir semua benda dalam Donburi ni, semuanya dua? Awak tengok, egg roll, kek manis, tiram, udang, malah hirisan timun, hampir semunya sepasang "

"Tak tahu. Kenapa? Kenapa?" balas Kei, kelihatan berminat.

"Masa saya kecil, mak saya cakap, Donburi ni bukan sekadar makanan, tapi sebagai simbol pengorbanan. Dulu, hidupan laut dan hidupan darat hidup bersama-sama. Padi yang ditanam manusia sentiasa menjadi dan mereka hidup bahagia bersama-sama, walaupun dari dua dunia yang berbeza" Jelasnya bersungguh-sungguh.


"Tapi, pada satu hari, semua hasil pertanian rosak kerana penyakit. Kerana tiada sumber makanan, semua hidupan kelaparan dan menimbulkan pergaduhan. Kaum hidupan laut bersedih kerana kejadian itu, dan membuat keputusan untuk kembali ke laut kerana laut sentiasa dipenuhi makanan. Sebelum berpindah ke laut, mereka sempat berpesan kepada kaum manusia. Jika mereka makanan di darat tiada, datanglah ke laut, kerana hidupan laut bersumpah akan sentiasa berkorban untuk kaum manusia. Tapi dengan tiga syarat. Satu, ambil hanya hidupan yang besar sahaja dan lepaskan yang anak-anak yang kecil. Kedua, kalau boleh, pasang-pasangkan hidupan laut sebelum dimakan sebagai tanda mereka berkorban yang laki-laki dan betina. Ketiga, manusia mestilah sentiasa bersyukur dengan rezeki mereka."





Kei mengangguk perlahan.

"Sebab itulah, orang Jepun akan cuba menghias Donburi ini berpasang-pasangan. Sebagai tanda terima kasih kepada hidupan laut yang sanggup berkorban untuk menjadi makanan mereka. Sepertimana manusia, hidupan laut juga ada perasaan untuk berpasang-pasangan." Suaranya makin perlahan.


BERSAMBUNG......

Saturday, December 11, 2010

Aku rasa crite ni agak awesome! An Atheist Prof with the students.

An atheist Professor of Philosophy speaks to his class on the problem science has with God, The Almighty.

He asks one of his new students to stand and asks the following:

Prof: So you believe in God?

Student: Absolutely, sir.

Prof: Is God good?

Student: Sure.

Prof: Is God all-powerful?

Student: Yes..

Prof: My brother died of cancer even though he prayed to God to heal him. Most of us would attempt to help others who are ill. But God didn't. How is this God good then? Hmm?
(Student is silent.)

Prof: You can't answer, can you? Let's start again, young fella.

Is God good?

Student: Yes.

Prof: Is Satan good?

Student: No.

Prof: Where does Satan come from?

Student: From....God. ..

Prof: That's right. Tell me son, is there evil in this world?

Student: Yes.

Prof: Evil is everywhere, isn't it? And God did make everything, Correct?

Student: Yes.

Prof: So who created evil?

(Student does not answer.)

Prof: Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these terrible things exist in the world, don't they?

Student: Yes, sir.

Prof: So, who created them?
(Student has no answer.)

Prof: Science says you have 5 senses you use to identify and observe the world around you.

Tell me, son...Have you ever seen God?

Student: No, sir.

Prof: Tell us if you have ever heard your God?

Student: No, sir.

Prof: Have you ever felt your God, tasted your God, smelt your God? Have you ever had any sensory perception of God for that matter?

Student: No, sir. I'm afraid I haven't.

Prof: Yet you still believe in Him?

Student: Yes.

Prof: According to empirical, testable, demonstrable protocol, science says your 'GOD' doesn't exist. What do you say to that, son?

Student: Nothing. I only have my faith.

Prof: Yes, Faith. And that is the problem science has.

~@~

Student: Professor, is there such a thing as heat?

Prof: Yes.

Student: And is there such a thing as cold?

Prof: Yes.

Student: No sir. There isn't.
(The lecture theater becomes very quiet with this turn of events.)

Student: Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega heat, white heat, a little heat or no heat..

But we don't have anything called cold.

We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we can't go any further after that.

There is no such thing as cold.

Cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold.

Heat is energy.

Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it .
(There is pin-drop silence in the lecture theater.)

Student: What about darkness, Professor?

Is there such a thing as darkness?

Prof: Yes. What is night if there isn't darkness?

Student : You're wrong again, sir.

Darkness is the absence of something.

You can have low light, normal light, bright light, flashing light....

But if you have no light constantly, you have nothing and it's called darkness, isn't it?

In reality, darkness isn't.

If it were you would be able to make darkness darker, wouldn't you?

Prof: So what is the point you are making, young man?

Student: Sir, my point is that your philosophical premise is flawed.

Prof: Flawed? Can you explain how?

Student: Sir, you are working on the premise of duality.

You argue there is life and then there is death, a good God and a bad God.

You are viewing the concept of God as something finite, something we can measure.

Sir, science can't even explain a thought..

It uses electricity and magnetism, but has never seen, much less fully understood either one.

To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing.

Death is not the opposite of life: just the absence of it.

Now tell me, Professor.

Do you teach your students that they evolved from a monkey?

Prof: If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do.

Student: Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?
(The Professor shakes his head with a smile, beginning to realize where the argument is going.)

Student: Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavor, are you not teaching your opinion, sir?

Are you not a scientist but a preacher? (The class is in uproar.)

Student: Is there anyone in the class who has ever seen the Professor's brain?
(The class breaks out into laughter.)

Student: Is there anyone here who has ever heard the Professor's brain, felt it, touched or smelt it?

No one appears to have done so.

So, according to the established rules of empirical, testable, demonstrable protocol, science says that you have no brain, sir.

With all due respect, sir, how do we then trust your lectures, sir?
(The room is silent. The professor stares at the student, his face unfathomable. )

Prof: I guess you'll have to take them on faith, son.

Student: That is it sir... The link between man & god is FAITH.
That is all that keeps things moving & alive.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

I believe you have enjoyed the conversation. ..and if so...you'll probably want your friends/colleagues to enjoy the same...won't you?

This is a true story, and the student was none other than.... Avul Pakir Jainulabideen Abdul Kalam, the 11th President of India.

Guby si arnab yg lupa diri

Sbb dah ckp pasal moto, teringat pulak pasal incik Guby....

Dulu2 before fly ke US, family gua ada bela arnab. Arnab ni kitaorang kasi nama Guby. Masa tu gua rajin la turun rumah kawan gua sorang ni, nama dia Shah. Incik Shah ni ada byk rabbit2 kat rumah dia, ntah mcm mana satu hari tu, dia random2 tanya gua

"Weyh, ko nak tak arnab sekor?"
"Errr, boleh la kot"

So, sejak haritu, family kitaorang pon bertambah dari 7 orang ke 8. Guby ni, kitaorang dapat sejak kecik lagi, plus dapat pon sekor aje, takde peneman. Masa beliau kecik2 dulu, comel jugak la kot, rasa nk pijak2 jentik2 pon ade gak la kadang2. Part paling best kalau main bulu2 dia, dah la gebu, berbulu plak tu. Mmg seronok ar petting2 petang2 buat hilang tensen keje skolah berlambak2 kan.

Guby ni, sbb kitaorang dapat masa kecik kan. Takde adik beradik rabbit lak tu. Kitaorang plak sumbat dia kat dalam kandang kecik sbb masa tu takde lagi tanda2 incik ayah nk buat kandang yg besar sikit kan. Maklumlah, baru dapat arnab baru, projek tu kena tambah kat living cost lagi kan. So, si Guby ni ended up kat kandang yg size dia about Coleman MSAV yang encik Jobol slalu guna buat cocktail susu masa Raya.

Ni ha.. sape yang rasa2 tak tau Coleman tu ape. So, kandang si Guby ni besar2 ni la kot agak2.

Sbb takde teman, Guby yg kecik ni tak tahu la dia asal mana aku rasa. For some reason, Guby ni tak memilih bab2 makanan. Korang pernah tgk tak rabbit makan burger McD, skali ngan daging2 tu dia tibai. Bukan tu je, kadang2 sbb makanan terlebih/ basi kitaorang adik beradik akan pakat2 la bg makanan yg nk buang tu kat Guby kan. Dgn relax and muka slumberland je, Guby akan habiskan makanan2 tadi. Kalau letak makanan masa lunch, by malam tu confirm habeh. Makan nk banyak, exercise malas, nasib baik la ko comel, kalau tak lama dah gua buat satay. kui3

For some reason, gua rasa Guby ni tak tau beliau seekor rabbit kot. Satu sebab maybe dia tak pernah nampak arnab2 lain kot. Penat je aku tunjuk surat beranak dia, tapi dia buat dekkk je. Maybe sbb dia tak paham English kot. Kalau la aku boleh speaking Bahasa Rabbit, masalah ni maybe tak timbul. Tapi, kalau kita tgk style Guby ni makan, menu dia dah mcm binatang omnivor, maybe incik Guby ni perasan dia seekor kucing ke, hanjeng anjing ke ape kann...

Then aku dapat offer pg US, masa tu seronok gak.. tapi agak terasa gak la sbb kena tinggal family ngan Guby kan.




Incik arnab yg lupa diri!
Tapi skrang Guby dah tinggal kenangan dah, skrang ni dah ganti ngan rabbit lain. 2 ekor plak tu, nama yang kelabu tu, kitaorang panggil Guby gak, yang oren tu kitaorang panggil Cucino (short form utk Cappucino) walaupun takde rupa Cappucino langsung. Owh well.....


Sbb rumah aku area berpasir kan, ada satu side je yg berumput sikit. So, arnab2 ni slalu la landing, sun bathing ngan Rayban kat area rumput tu. Ok, tu tipu. Tapi mmg slalu la diaorang lepak2 kat situ kan. Pasir2 ni tak main la diorang cakap, geli duh, nnt kotor lak kuku kene manicure lak. Jelas arnab2 ni dah messed up dah. Hampeh!

How we define treasure :p


Situation gua skrang yg tgh rajin bekerja menimbulkan tanda tanya kat kepala hotak gua sendiri. So, utk membuang masa ngan efficient, gua nk share pasal benda yg kita treasure plak. Dah nama blog gua, ske ati la kan... Hak3 (gelak tak ikhlas kat diri sendiri)

Before that, ada orang tanya, ape maksud *gaya nabil yg aku post kat entry sebelum ni. Jawapan dia senang je, korang bley blaja kat sini.


So, kalau gua tulis *gaya nabil tu, korang imagine la Sentap ni eh..


Ok, back to topic, gua masa first2 sampai sini dulu, gua dtg sehelai sepinggang bersarung jaket. Bezanya, gua dtg sehelai sepinggang sbb baju gua letak baju2 lain dlm bag. Gelak *gaya nabil sorang2. So, nk dijadikan crite, masa freshman tu, gua takde la kaya sgt, tapi tau2 ada la senior ni ada moto. Yg best, moto ni bukan motobot, tapi moto CBR 1000RR. Masa tu gua hangguk kepala purak2 paham je bila senior tu cakap pasal CBR 1000RR beliau sbb gua sendiri tak sure CBR 1000RR tu benda ape sbb tak tahu sgt pon pasal moto. Gua tahu pasal moto besar sket2 je sbb masa tu ilmu pasal moto tu agak jahil lagi. Nak mendalami ilmu pasal moto ni, kene la guna Astro, tapi ade kat rumah pon mak buat tgk AF je or adik2 buat layan Cartoon Network jek. So, aku buat la research sebulan pasal2 moto ni kan.

Dalam byk2 moto tu aku plg berkenan kat Ducati 848.
Ducati ni dlm dunia, ibarat Ferrari in the world of Motocycles la. Color dia pon putih, so cam smart gile arh. Kat Naza Malaysia diorang jual menda alah ni dkt 250k sebijik. Kalau mampu beli, agak2 korang nk ke spend 250K kat benda yg ada 2 tayar and utk 1 rider je? Mesti korang pikir, baik beli rumah ke, simpan utk kawen ke, ape ke kan... Well, biasa la, tax mesia kan mmg tinggi tahap gaban.

Masa tu mmg jeles habeh la kat senior ni. Diorang dua2 ni ada motor yang sama, Honda CBR 1000RR. Mmg hot stuff kat Vandy la masa tu. Ye la kan, masa tu sape je mampu beli moto. Moto saje dekat $8K, helmet 200-300 lagi, insurance, tax, minyak, tu belom masuk account lagi. Kurang2 additional 2k-3k. Total seme tak ke dalam 11K camtu? Student lagi kan, setakat spark plug ngan tiub tayar je kot yg mampu, hak3


JELES JELES JELES WOOO

Awal 2010, Alhamdullilah, berkat saving2 ngan bisnes sket2, akhirnya dpt jugak beli moto. Credit to maskulin ngan hadi sbb teman gua pg ushar moto. Takde la mahal pon, benda 2nd hand je, tapi sbb dapat deal yg berbaloi, so sbb tu tibai je beli. Lgpon gua bukannya mat rempit tapi sekadar mat sempit. Tak berani bawak laju2 sgt pon. Stakat ni 80 mph je kot, tu pon sbb first time bawak highway, tak pandai lagi control throttle. Bukan apa, cuak kot first time naik moto besar ni. Plg besar gua pernah bawak before ni pon Virago je, ni nak jump ke 1000cc terus. Kategori Super Sports Bike plak tu. Silap tarik kang, kecut je jantung ni kalau dia tetiba wheelie satu tayar. Travis, mamat yang jual moto ni kat gua pon terkejut gua nk angkat 1000cc sbb gua ckp kat dia plg besar gua bawak b4 ni 250cc aje. Virago tu cruiser so tak kira dlm spesis super sport. Dia pesan2 jugak la, bahaya sebenarnya buat camni. Sbb R1 Gear 1 dah capable 100 mph full throttle at 15500 rpm. Gear 2,3,4,5 tu korang agak2 sendiri la. Stakat Porsche ngan Ferrari tu dia pandang sebelah mata jek. Last2 dia buat muka cool sambil cakap "Respect the bike, and the bike will respect you". Fuh, dalam tu, gua punya processor tak sempat nk tangkap ape maksud dia....

Finally! Ni la Yamaha R1 gua!


Walaupun barang sekadar 2nd hand, gua sayang babeng dgn benda ni. Sbb, merasa peritnya cari duit utk dapatkan something. Pernah gua bantai keje 20 jam straight masa summer woo.. Kuar2 je tempat keje tu rasa cam boleh jatuh pitam anytime je. Kui3. Slalu orang kasik nama kat benda yg kita treasure kan. Haaa, nama R1 gua ni Guby. Walaupun muka dia garang, gua kasik nama comel sbb color dia cam Gummy Bear yg merah2 tu, so Guby ni short form utk Gummy bear la. Lgpon Guby tu nama pet arnab gua before sampai sini. Tapi sayang beliau dah mati. Reason? tak tau. Tak sempat nak buat post mortem dah tanam.


Tapi pikir2 balik, nama Guby ni kurang best. Dah la nama arnab, pastu letak kat motor, ape crite camtu kan? So, gua nk kasik nama baru, Maximus! (Kuda dalam crite Tangled). 

Silap jugak sebenarnya sbb beli Maximus ni masa Junior, sbb takde peneman yg satu batch. Masa tu slalu kuar ngan Hadi ngan Lah je. Diorang dua2 ni lak ada Suzuki GSXR. Ni ada gambar yg diorang ambek masa pg picnic ngan batch diorang.


GSXR ni mmg lawa, design dia mantop, tapi taste gua more to benda yg ada 2 mata. Style2 satu mata ni gua kurang sket. Tapi macho je rasanya. Aku ingat dulu tgk satu gambar Lah ni sarung helmet ngna baju Yoshimura dia, wargh.. Mmg terbaik bai. Kalau awek tgk aku rasa cair lak jugak setitik dua kan.



Ni plak gambar kitaorang pg riding kat taman, Centennial Park. Hadi ni tak suka sejuk sikit, so susah jugak la nak ajak dia kuar kalau luar tu 8-11 Celcius. Kalau korang perasan, moto kitaorang sama2 merah, tak tahu nape ramai suke sgt merah.... So, lepas Hadi ngan Lah grad, aku takde da geng nk ride moto. Nak ajak Abg Zali, takkan nk konvoi ngan Harley kot, bapak tak cool kan..... :p

Masa nk beli moto ni, mcm biasa la, kena la tanya pendapat parents kan, mintak izin dulu ape2. Tgh2 Skype ngan family, uncle gua yg agak rempit ni sempat la mencelah kan. Gua rasa, masa tu la topic moto jadi topic plg epic kat family gua. Uncle gua ni mulut tak makan saman sket, tapi ada la camni lebeh kurang

Uncle: Nak beli moto ke Along?

S: Aah, nak beli moto R1 la cadang2, harga dah ok, condition tip top, dpt free gift lagi, masa ni la nak bawak balik something kan, sbb tax mesia mahal kalau beli dari mesia. At least jimat gak 40-50k ringgit. Byk tu.

Uncle: Owh, moto besar ke? Dulu uncle slalu gak bawak moto besar, tapi tangki je la besar, moto tu kecik je (lawak lame disertai gelak tak berapa ikhlas, kui3)

S: Owh, so agak2 ni ok la kan?

Uncle: Laju tak moto tu? Brape top speed dia?

S: Erm, dalam 320Km/h je. Tak berani nk bawak laju2 takut nnt terbang plak rider dia

Uncle: **Berfikir sejenak.** . Kalau 320 Km/h tu bukan rider je terbang, benda celah kangkang pon agak2 boleh terbang kot.

S: ................ (speechless)


Itu la lawak kitaorang kat rumah, walaupun mulut dia mengalahkan pistol laser Star Trek, tapi hati dia baik. Anak dia pon Hafiz, hidup diorang selalu senang. Ade je rezeki mencurah2. Mcm takde masalah negara langsung. Bahagian nk mintak tolong, mmg tak perlu mintak, dia sendiri akan offer. Alhamdullilah ada Uncle yg awesome camni.

Apa kata mak and ayah gua? Masa nk beli moto tu, penat gua pikir camne nk break it down kan. Sampai masa Skype tu

S: Mama, I nk beli moto ni..... (pause sekejap tanda bagi hint)

Mama: Okeh. Nnt mama ckp kat papa.

S: .......... (Speechless yet again)

The next day, daddy called, and kitaorang borak2 pasal family sket, then pasal moto. Ada la dia tanya moto ape, model ape, tahun brape, harga brape, etc etc etc. Last2 dia ckp, "Ok, just bawa moto tu elok mama pesan". Gua dah over the moon. Kalau gua ni anime, imagine blakang gua skrang tetibe kuar sayap sambil terbang2 ngan gumbira dgn background serba putih.

Itu la parents gua, tahu gak isi hati gua sedalam-dalamnya. Plak tu sempat pesan nnt riding tu elok2, ye la kan, parents mana tak sayang anak dia kan. TQ, Mama & Papa!

Finally, kawan gua yang asal Gua Musey ni sorang, akhirnya akur ngan pujuk rayu gua utk angkat moto gak. Hak3, YEAH! Nama dia salman, tapi orang selalu panggil maskuling je. Nama samaran dia yg lain is Abg Musey. Dia ni very chill guy, senang nk buat kawan. Senang nk carik topik borak2. Moto dia gua panggil Musey gak sbb kelabu macam musang.

So, skrang kitaorang dah jadi team Yamaha!

Guby Maximus ngan Musey side by side!


So, ape treasure gua? Gua akan tunjuk moto, tapi treasure yg sebetolnya bukan moto tu yg gua maksudkan, tapi penat lelah kerja, usaha and topic nk bonding2 ngan family tu yg gua treasure! Ahaks!



Friday, December 10, 2010

Something that we don't usually think of, but worth every second it may be

Ok, balik kat topic Mctyiere. Budak2 Mctyiere ni yg buat dia unik dari yg lain is that kitaorang tak malu nk buat apa2. Benda yg make sense la tapi. Jgn la suruh kitaorang pg sembelih zirafah ke ape kan. Nak carik urat merih dia pon terkapai2 kot. Illustration seterusnya ni drawing yg kitaorang buat years ago, untuk prove kan nape hall ni exist in the first place.


The dancing samurai

Utk orang yang tak berapa sakai expert dalam bab interpret gambar, meh aku tolong explain. Gambar ni pasal 2 samurai yg hidup dia slalu chill buat ape2. Rock and roll tu kan budaya America and sunglasses kaler2 tu kan common jumpa kat Europe. So, gambar ni nak cakap, even though kita ni rumpun berbeza, kita tak malu utk embrace new stuffs and make it better than it is. Yang membezakan benda tu is minat and whether kita berani tak buat benda yg orang serumpun ngan kita tak buat. Jgn segan2 or malu2 ar senang crite kalau nk buat ape2 yg ko minat. Jgn minat ko merampok bank sudah la.

Senang crite, kalau ko suka belajar Japanese, sedangkan orang lain sibok belajar arab sbb subject tu senang, ape exactly yg ko akan buat? Belajar semata2 utk grade saje2 or utk kebaikan or interest diri sendiri? Remember, you know YOURSELF BETTER. Nobody else does. Personally, aku rasa baik grade rendah dari easy A. Pernah dulu aku tanya budak2 Vandy, nape tak ambil bahasa lain selain Arab? Dgn slumber, diorang ckp, owh, sbb EASY A kot. Well, bukan semua la, tapi ada portion2 yg bg jawapan camtu. And tak kurang yg tanya soalan defensive, nape ko tak ambek Arab? Tak nak belajar bahasa Quran ke? (jawapan plg defensive and offensive at the same time). Nak tergelak pon ade bila teringat benda ni.

Incik, fikir dulu before tanya. Korang ingat Arab je ke bahasa dlm dunia ni? Kalau ye, nape mat salleh, org cina, jepun, korean tak ckp arab and still bawak negara diorang jauh lagi maju dari middle eastern world? Habes tu nak jadi tanggungjawab sape lak nk dakwah kat diorang? Takkan nak dakwah bahasa Arab kat Japan kot? Nasib orang Islam kat sana mcm mana? Tak make sense la camtu. Remember, tuhan buat kita lain2 minat sbb ada la reason dia. Camne nk kasik org jepun tahu Islam tu camne kalau ko pot pet pot pet bahasa arab. Ye dak? Just pikir tanggungjawab masing2 and diam2 suda. Ahaks!

Quote yg aku slalu remind diri sendiri is, LIVE TO YOU OWN EXPECTATIONS, NOT OTHERS. It's your life, deal with it in your own way! Sekadar pesanan utk diri sendiri yek!

Mctyiere part 2, and some insight of J-Hall


11.10a.m, 12/10/2010, seperti tabiat biasa budak2 Uni yang takde kelas, gua bangun lambat arini. Agak jimbit di situ. Breakfast kat Mctyiere ni dia serve dari pukul 7a.m sampai 10 a.m, tapi sbb semalam tido lambat asyik facebook ngan blogging, gua hit the bunk pukul 4 pagi. So, naturally, gua bangun kol 10.31am la sbb badan memerlukan 6 jam 31 minit utk refresh (data dari Sleeping Studies, author: kepala hangguk Syaf). Ok, so, arini gua nak sambung sket entry semalam, pasal Mctyiere, kalau rasa bosan, bukak2 la facebook, stalk orang lain ke ape ke kan....

So, Mctyierites slalunya ada impression sendiri kat dorm ni. So, diorang ada macam2 cara nak illustrate dorm ni. Kitaorang "Japanese Hall" or "J-Hall" kalau nak lagi manja, ada cara sendiri nk illustrate menda alah ni. Tak berapa penting pon sebenarnya, saje nak carik alasan nk procrastinate belaja sbb final ada satu jek, kih3. So, ni illustration kitaorang yang sekarang ni terpampang megah kat dinding sebelah bilik aku:

Haaa.... Brown building kat belakang tu la Mctyiere, nape kitaorang add clock tower tinggi tu, jgn tanya, kitaorang tak tau. Saje menggedik mungkin? Kat depan tu ada arnab ramai2, sbb kitaorang J-Hall members ni merasakan diri kitaorang sgt cute dan adorable, so kitaorang illustrate diri sendiri ngan arnab. Baju biru tu ngan merah (kat arnab tido sebelah kiri) tu dipanggil Happi Coat. Baju ni famous sbb dia melambangkan Hall ni selain Kimono ngan Yukata.



Benda alah ni la yg dipanggil Happi Coat. Dia tutup aurat bahagian atas aje plus area Angry Bird sikit2, bawah korang kena la carik seuar panjang ke, suar pendek ke, skirt??? Tak kena okeh, so jgn buat malu kaum pakai menda alah ni ngan skirt ala2 sailormoon walaupun skirt camtu famous kat Jepun.

Orang jepun cukup bangga dgn coat ni sbb diorang rasa benda ni melambangkan rumpun diorang. Sbb tu dlm anime ke, dlm manga ke, x jadi issue la kalau korang jumpa coat ni. Kadang2 gak, org jepun ni terlalu creative atau terlalu bangga ngan coat ni sampai kat KFC pon diorang nk guna.



Colonel Kentaki in Happi Coat.

Anjing pun diorang kasik pakai. Nasib baik anjing ni jenis tak kesah, setakat casting nk berlakon Naruto tu anytime je kot


Lagi design pelik2 utk hanjeng anjing.


Ambek ko, abes benda diorang nk letak coat ni. Ahaks! Coat ni agak mahal la, last aku check kat Ebay dlm 40-50USD kot kalau dari Jepun. Yang utk anjing punya boleh cecah 300-400 USD. The HECKKKKK. Logik ke? Kalau takde duit byk takkan la boleh dia spend kat anjing punya baju kan? So logik la kot! Kalau dari China tu 4 USD sekilo je kot. So, kurang la best kat situ kan..... Gua mmg dah lama berkenan coat ni. Skrang ni kat bilik gua dah ada 2 kimono ngan 1 noren/のれん (cloth kat entrance tu). So, nak lengkapkan collection la. Ala, bukan benda mahal sampai ribu2 pun kan....


Ni la keadaan bilik gua. Ada 1 kimono kahwin (black) ngan satu lagi casual (patches2 ala2 polka dot tu). Benda alah kat luar tu plak nama dia Noren, sesuai utk buat lawa semasa menyambut tetamu or utk buat neighbour sebelah jeles bertalu2. Kih3. Aku dapat Noren ni masa pg Little Tokyo kat Los Angeles masa sophomore dulu. Masa Freshman aku pg gak, tapi tak terdetik plak kat hati nk angkat satu, balik2 sampai Vandy frust menonggeng sbb tak beli. Tapi masa tu tgh jahil2 lagi, tak kenal lg Mctyiere tu ape. So, beli la masa Sophomore kan... Janji tak terkilan.. Owh well... Nostalgic gak Sophomore year aku rupenyer


Ni la sikit2 rupa Mctyiere yg aku bley tunjuk setakat ni, tapi skrang kena pg mandi dulu nnt nk pg Smayang Jumaat. Lunch, pastu aku sambung balik okeh!