Sebab tadi gua kena cabar tulis cerpen, gua sahut cabaran beliau.. Tapi before start, korang pasang la lagu ni kasik layan sket, Ahaks
"Arigatou gozaimasu"
"Minami Machida, rumah saya dekat dengan stesen tu"
"Dari cikgu saya, Tomotsu sensei"
"Tak, Tomotsu tu watak anime, maksud saya, saya belajar dari anime" ujar Kei seraya tergelak kecil.
Malam itu ialah pertemuan mereka yang kedua. Tapi, kurang dirasakan jurangnya. Setiap luahan perkataan semakin mesra.
"Tapi, pada satu hari, semua hasil pertanian rosak kerana penyakit. Kerana tiada sumber makanan, semua hidupan kelaparan dan menimbulkan pergaduhan. Kaum hidupan laut bersedih kerana kejadian itu, dan membuat keputusan untuk kembali ke laut kerana laut sentiasa dipenuhi makanan. Sebelum berpindah ke laut, mereka sempat berpesan kepada kaum manusia. Jika mereka makanan di darat tiada, datanglah ke laut, kerana hidupan laut bersumpah akan sentiasa berkorban untuk kaum manusia. Tapi dengan tiga syarat. Satu, ambil hanya hidupan yang besar sahaja dan lepaskan yang anak-anak yang kecil. Kedua, kalau boleh, pasang-pasangkan hidupan laut sebelum dimakan sebagai tanda mereka berkorban yang laki-laki dan betina. Ketiga, manusia mestilah sentiasa bersyukur dengan rezeki mereka."
BERSAMBUNG......
"Suram juga malam ni yek? Bila la salji nak berhenti ni..."
Kei berbisik sendirian di dalam hati, sambil berpaling dari cashier di depan.
"Arigatou gozaimasu"
Ujar cashier tersebut, sambil membongkok sedikit, menunjukkan hormat kepada pelanggan yang berkunjung. Kei keluar dari 7-11 tersebut sambil membuka payung kecil yang sentiasa dibawanya di dalam beg. Maklumlah, cuaca sekarang makin dingin, angin pula sejuk sampai ke tulang sum-sum. Sebagai engineer di Toyota Research Center, tanggungjawab beliau berat. Kadang-kadang research sampai pagi di negara matahari terbit tersebut. Kadang-kadang semacam tiada kamus tidur dalam benaknya. Macam-macam yang perlu difikirkan di dalam otak setiap masa.
Setibanya di stesen keretapi laju, Kei menjamah onigiri yang dibelinya tadi. Langkahnya lemah, bajunya basah kerana hujan , tangannya terasa kebas sedikit kerana angin sejuk. Matanya agak kuyu, penat. Sambil menguyah, Kei sempat melihat ramai orang Jepun yang berpusu-pusu balik dari mencari rezeki. Ada yang membawa beg galas, berkepit-kepit dengan kertas kerja, tak kurang juga yang tekun membaca sambil berjalan.
"Rajin .... agaknya mereka penat macam aku juga kot, tak penat ke hari-hari macam ni, haih, Jepun, jepun...."
Sedang enak menjamu selera, terasa begnya dipegang sesuatu. Kelihatan seorang perempuan Jepun memegang begnya, mendongak perlahan-lahan di tengah-tengah orang ramai.
"Maaf, contact lens saya terjatuh, saya sangkakan awak kawan sepejabat. Maafkan saya..." seraya menunduk.
"Oh, tidak apa. Mari saya tunjukkan jalan cik...." sambil memimpin tangan perempuan tersebut. Walaupun penat, hatinya ikhlas mahu menolong. Dirinya memang diasuh untuk membantu orang dalam kesusahan, mungkin kerana nalurinya yang senang berbelas kasihan.
"Hendak pergi ke mana?"
"Minami Machida, rumah saya dekat dengan stesen tu"
"Owh, kebetulan, rumah saya pun dekat dengan stesen, dekat dengan sekolah rendah Rinkan"
"Betul ke?" ujar perempuan tersebut, sedikit bernada terkejut sedikit gembira
"Betul, hari-hari saya pergi kerja ikut jalan belakang, dekat dengan tempat letak basikal awam tu.
"Oh, saya selalu ikut jalan sebelah Cafe tu, sebelum pergi kerja, saya selalu beli kopi kat situ, oh, maafkan saya, nama saya Yuki.."
"Saya dah tahu dah..."
"Macam mana awak tahu?"
"Tengok pun saya dah tahu, saya agak-agak nama mesti Yuki, sebab wanita comel muncul tengah-tengah salji, kan Yuki tu maksud dia salji..."ujar Kei sambil tarik muka comel selamba.
Kei memang ramah orangnya. Walaupun begitu, dia jarang bercakap dengan orang kerana adat orang Jepun yang kurang tegur menegur di tempat awam. Masing-masing macam semut, keluar membating tulang setiap hari kerana bagi mereka itulah tanggungjawab, sentiasa berkejar-kejaran mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga. Tanggungjawab sebagai seorang rakyat Jepun.
"Awak orang Jepun kan?"
"Tak, saya orang Malaysia"
"Oh, tapi bahasa Jepun awak boleh tahan ape"
"Haha, saya belajar di Amerika dulu, kat Vanderbilt University, tapi sempat belajar bahasa Jepun sejak tahun kedua di Universiti"
"Jadi awak belajar Jepun selama 3 tahun?"
"Tak, saya ambil bahasa Jepun setahun aje. Tahun ketiga tak dapat ambil sebab clash dengan kelas engineering saya, tapi sebab saya tinggal kat International Hall, dapat juga saya belajar sikit-sikit"
"Oh, habis tu awak belajar bercakap dari mana?"
"Dari cikgu saya, Tomotsu sensei"
"Di Amerika?"
"Tak, Tomotsu tu watak anime, maksud saya, saya belajar dari anime" ujar Kei seraya tergelak kecil.
Aur wajah Yuki berubah merah melayan telatah Kei, menahan ketawa. Perbualan mereka berlanjutan. Sejam di dalam densha hampir tak terperasan. Malam itu merubah mood Kei. Letih-letih badan hilang. Sudah 2 tahun dia berada di sini, tapi hidupnya ibarat Honda Asimo, setiap hari kerja, kerja dan kerja. Selain bos dan rakan sekerja, dia tidak berapa bergaul dengan orang lain. Mungkin kerana dia tinggal seorang diri di rumah, tiada peneman, awal pagi keluar bekerja, balik pula tengah- tengah malam. Masa rehat di ofis pula hanya 45 minit.
Setibanya di Rinkan, mereka berjalan pulang bersama-sama. Banyak pula cerita. Senyap-senyap, sempat juga bertukar-tukar nombor telefon sebelum berpisah. Gatal... (-_-")
*Sbb gua susah nk sambung crite and rasa geli geleman sbb guna bahasa lembik2 camni, gua nk bg casual sket jalan crite
Hari esoknya bermula seperti biasa. Seawal 6 pagi, stesen kereta api sudah mula dipenuhi kelibat manusia. Dari barisan depan, Kei menjenguk-jenguk ke sana ke mari. Hanya ada kelibat salary man dan office lady, yang lesu dengan rutin harian mereka. Tiada tanda-tanda Yuki langsung. Hatinya hampa.
Tiba-tiba lagu Robinson berkumandang.
"Ah, ada orang sms.." getus hatinya sambil tangannya rakus menekan Iphone.
Ohio gozaimasu. Sihat harini? Terima kasih sebab tolong saya semalam. Maybe nak cepat balik semalam, tapi kena tolong saya pulak, sorry... Bukan senang nak cari orang macam awak kat Tokyo ni sekarang tau. Arigatou :p
"Tet tet tet" jari jemari Kei pantas menjawab.
Takpe, hal kecik aje tu. Lepas ni awak bawak la contacts spare pergi mana-mana. Ye la, nasib baik saya yang awak tersilap orang tu, kalau awak tersilap orang Yakuza macam mana? Bahaya tau? Nanti kalau awak nak saya teman balik lagi, sms je tau :p
Sinis, sedikit nakal tapi comel. Hari itu, Kei mendapat semangat baru hari ini. Gembira mendapat seorang kawan. Kerja yang berlambak-lambak di office, cepat saja diuruskan. Mood senang, hati pun girang. Sampai lunch pun terlupa sama sekali. Malam itu, mulalah perut Kei bermain Orchestra. Di luar office, kelihatan hujan sedang rancak turun.
"Krukk krukk" bunyi sang perut.
"Urgh, menyesal pula tak makan tadi, sekarang sape yang susah? Aku sendiri jugak!" bentaknya perlahan. Kerana tak tahan lapar, Kei terpaksa akur dengan kehendak perutnya.
"Malam ni makan Donburi la pulak, hari-hari asyik maggi je tengah-tengah malam, lagipun boleh tunggu hujan berhenti"
Sebagai penggemar makanan laut, Donburi memang 'soft spot' untuk Kei. Udang segar, serta hirisan halus tuna yang dihidang atas nasi, memang mampu buat penggemar seafood kecur mulut. Tambah-tambah lagi ada green tea panas masa-masa hujan macam malam ni. Sedang enak menjamu selera, pelayan restoran tiba-tiba bertanya.
"Maaf encik, restoran kami dah penuh. Tapi ada seorang lagi customer kat luar yang nak makan kat sini. So boleh saya bagi dia duduk sebelah encik?"
"Tiada masalah" jawabnya ringkas
"Maaf mengganggu....."
Kei semacam pernah dengar suara yang menyapanya dari belakang. Kelihatan Yuki dengan rambut basah, mukanya suam-suam merah.
"Ah!"
"Ah! Yuki! Wah, kebetulan lagi ye kita terjumpa. Mari-mari duduk sini"
sambil menarik kerusi dengan gaya agak gentleman.
"Terima kasih...." jawabnya ringkas, sedikit malu.
Malam itu ialah pertemuan mereka yang kedua. Tapi, kurang dirasakan jurangnya. Setiap luahan perkataan semakin mesra.
"Awak tahu tak ada kisah menarik pasal Donburi ni? Kenapa hampir semua benda dalam Donburi ni, semuanya dua? Awak tengok, egg roll, kek manis, tiram, udang, malah hirisan timun, hampir semunya sepasang "
"Tak tahu. Kenapa? Kenapa?" balas Kei, kelihatan berminat.
"Masa saya kecil, mak saya cakap, Donburi ni bukan sekadar makanan, tapi sebagai simbol pengorbanan. Dulu, hidupan laut dan hidupan darat hidup bersama-sama. Padi yang ditanam manusia sentiasa menjadi dan mereka hidup bahagia bersama-sama, walaupun dari dua dunia yang berbeza" Jelasnya bersungguh-sungguh.
"Tapi, pada satu hari, semua hasil pertanian rosak kerana penyakit. Kerana tiada sumber makanan, semua hidupan kelaparan dan menimbulkan pergaduhan. Kaum hidupan laut bersedih kerana kejadian itu, dan membuat keputusan untuk kembali ke laut kerana laut sentiasa dipenuhi makanan. Sebelum berpindah ke laut, mereka sempat berpesan kepada kaum manusia. Jika mereka makanan di darat tiada, datanglah ke laut, kerana hidupan laut bersumpah akan sentiasa berkorban untuk kaum manusia. Tapi dengan tiga syarat. Satu, ambil hanya hidupan yang besar sahaja dan lepaskan yang anak-anak yang kecil. Kedua, kalau boleh, pasang-pasangkan hidupan laut sebelum dimakan sebagai tanda mereka berkorban yang laki-laki dan betina. Ketiga, manusia mestilah sentiasa bersyukur dengan rezeki mereka."
Kei mengangguk perlahan.
"Sebab itulah, orang Jepun akan cuba menghias Donburi ini berpasang-pasangan. Sebagai tanda terima kasih kepada hidupan laut yang sanggup berkorban untuk menjadi makanan mereka. Sepertimana manusia, hidupan laut juga ada perasaan untuk berpasang-pasangan." Suaranya makin perlahan.
BERSAMBUNG......
niiicceee. blog ko ah tmpt aku menghiburkan diri semenjak aku deactivate fb. kih3.
ReplyDeletehaha, sat2, ape beza duh camtuuuu. Tgh carik idea camne nk sambung, sabar2, kui3
ReplyDeleteROFL Aoyama Thelma rip but awesome sir ^^
ReplyDelete