Monday, February 28, 2011

Zaman budak hingusan dulu

Entry 28 February 2011


Dear diary (takde kejenye gua nk tulis ayat2 gay cenggini kat blog)

Tadi gua baru je balik ISSS nk pg antar borang OPT, tapi sebab time semput, tak sempat plak gua nk kasik borang kejadah tu kat minah yg agak kurang cun kat counter pejabat tu. Takpe lah, esok nawaitu gua dah set untuk lebih cekal bangun awal untuk tayang muka kat office ISSS tu. Sambil2 tu nnt, boleh gak gua singgah kat starbucks sebelah layan green tea latte segelas dua.

Baru2 ni, sbb ANYF dah takde, gua tak tahu nak buat apa ngan hidup seharian selain rutin harian seperti melantak habis-habisan serta mandi manda guna cebok walaupun shower kat atas kepala aje. Hobi baru yang gua pick up dari kawan gua, encik jobol anak razif. Best jugak mandi cebok ni rupenyer, simbah situ simbah sini, bilas tu bilas ni.. Pastu tup2 kantoi ngan RA kes mandi setengah jam.. LULZ. APE KES MANDI SHOWER JE? Carik la benda2 baru nk buat dalam hidup kan.. Baru la hidup ni lagi bermakna,tak gitu? :-D



Lagi seminggu, dah spring break, bermakna dah berlalu setengah semester kat Vandy ni. Ntah2 ada lagi tak peluang gua nk tgk Vandy ni nanti...... ERKKK...... Ok, tukar topic...

Owh, also, gua baru tersangkut ngan lagu ni:

Phil Collins: Son of man


Kalau korang dibesarkan dengan pengaruh Pokemon, Doraemon kol 7 mlm and biasa main kejar-kejar ngan mak korang sbb tgk TV time maghrib, then gua cukup pasti korang mesti pernah dengar lagu ni. Dulu2, time kecik2, innocent, comel and takde bulu ketiak lagi, gua ngan adik2 gua suke bantai tgk movie tarzan ni ulang2. Agak2, ada la 32 kali sebulan kot kitaorang tgk sambil lompat dari sofa ke sofa terjulur-julur, terpekik terlolong macam orang hilang akal, berlakon jadi tarzan kononnye. Berbekalkan semangat kental serta suar pendek berparas lutut, gua jadi pelakon tambahan skali ngan adik2 gua time tu. Sorang jadi gajah, sorang jadi monyet, tapi yang pasti sorang je yg boleh jadi tarzan, and sebab gua paling tua, gua slalunye guna kuasa veto untuk lantik diri sendiri jd tarzan. (*Dasar abang gila kuasa, CISS)

*Gambar hiasan, tiada kena mengena antara yang O.K atau yang telah K.O

MASA TU SERONOKKK GABANN!!!! Sbb, dalam kepala takde langsung masalah2 dunia, takde masalah exam2 engineering yang boleh buat kepala pecah, or takde masalah drama2 cerekarama yang ntah camne 'ter'praktik kat orang2 keliling kita. Lepas bangun tido, main tu main ni, lepas main, tibai nasi ayam 3 pinggan, tak cukup ayam, mintak je, confirm2 mak masakkan lagi, bile penat main, ambek bantal, terus sambung tido. Bile dah bosan jadi tarzan kat rumah, merengek kat mak sikit, nnt dia 'upgrade' sikit location berlakon tarzan tu dari sofa2 lunyai kat rumah ke playground. Boleh panjat tinggi2 sikit, boleh bantai main buai pastu jatuh bergolek sorang2 atas pasir. Ntah2 ada TAIK KUCING ke TAIK HANJENG ke kat pasir tu pon x pedulik.. Sambung je main balik..

Bile penat main, mak bawak makan pisang goreng kat kedai sebelah. Masa tu, mak kasik je duit suruh pg beli ape2. Takde plak nk pesan "Ingat, jgn plak ko gatal2 lama2 setting kakak jual pisang goreng tu". Skrang ni, 4 kali sehari kot dia nk sound camtu kalau takmo kasik pg kedai lama2. Hak3. Of course la kan, time tu takde langsung nawaitu nak ushar2 awek2 jalanan ni, ntah2 term "nafsu" tu pon takde dalam kamus hidup lagi. Kui3.

Masa tu tempat gua takde la maju pon. Setakat bandar kecik je. Ada perpustakaan awam pon kire dah cukup maju dah tu. Alamanda ke, Sogo ke, toksah sebut ar, kitaorang tak tahu pon menatang ape. Kalau orang cakap spesis dugong tempatan pon kitaorang percaya kot. Tempat shopping yg slalu pg tu ada 2 je masa tu. Either pasar malam or Centre Point. Centre Point tu kire shopping complex la, walaupun tingkat 1 ngan tingkat 2 je ada kedai. Kedai paling besar pon kedai kain2 untuk golongan2 ibu. Kitaorang golongan "budak hingusan" ni asyik singgah kedai mainan je la walaupun kedai mainan tu size dia sekangkang kera je. Dah la kecik, sebijik je lak tu. Gua ingat tauke cina tu slalu tensen sbb gua asyik bertandang kat kedai dia, tapi tak beli ape2. Hak3. Tingkat atas2 tu gua rasa owner Centre Point tu mmg nk buat hiasan je, sbb takde kedai pon, papan2 tanda "Kedai untuk disewa" ade la. Ye la kan, paling cikai pon, kene la bukak kedai standed sket kalau dah namanye shopping complex. Kedai jual camera ke, jual laptop ke, takkan nk bukak kedai dobi dalam shopping complex,. Tak make sense langsung. Sbb tu la kot tingkat2 atas tu seme kosong je kot. Takde markettt

Kat kedai mainan tu, benda paling awesome masa tu untuk golongan lelaki belum berkahwin, forsho, KERETA TAMIYA! 

Figure 1: Tamiya car kit

Benda alah ni dulu, mahal nak mampus. Kurang2 20-30 ringgit sebijik. Skrang ni, kat pasar malam 5 ringgit pon org tak pandang kot. Dulu keter first gua ni model Beak Spider, harapkan encik ayah, mati hidup balik beliau takmo beli. Buat abes air mata je nangis kuat2. Last2, uncle gua belikan sebijik masa birthday gua. Terima kasih daun keladi encik Uncle. Hak3


Time2 tu, seronok gile la kan, sbb da ada keter sendiri. Walaupun sekadar keter yg boleh gerak lurus je. Budak2 skrang ni, paling common pon, kurang2 keter control. Tak main ar gerak tegak je kan. Syarat minimum mesti boleh buat drift atas lantai rumah. Tak pon boleh buat kejar kucing bedebah korang yg asyik berak atas sofa.


Remote control pon dah makin complicated dah skrang. 2 channel la, 3 channel la, 4 channel la. Cepat plak rasa masa ni berjalan. Demmit! Nnt lg 10 tahun ntah2 budak2 tolong mak beli santan kedai Haji Wahab naik keter control je kot. Beskal2 ni pon ntah2 dah tak kenal dah kot time tu. Kui3


** AH CHENNN, TOLONG MAK BELI SANTAN SEKILOOO!!!!

BAIK MAK!!! VROOMM VROOMM....

*Sile guna imaginasi sendiri



3 comments:

  1. OMG, keta tamiya first ko sama ngan akuuuuuu!!!!
    serious!!!!
    HAHAHAHAAHAAA

    ReplyDelete
  2. seyeeeeesssssssss
    aku ingt lg corak spider tuuuuuuu
    sumpah.

    ReplyDelete