Tuesday, February 1, 2011

What is life to you?

Pejam celik pejam celik, tinggal lagi 100 days before graduation. Truthfully, gua tak ready lagi nak grad, sbb gua rasa life kat college ni sangat interesting. Interesting tahap gaban. Very different dari zaman muda mudi kat high school dulu. Ye la, benda paling grand yang pernah skool gua buat pon, setakat hari Kokurikulum je. Masa tu ada la cikgu2 bantai ambek peluang carik cash extra dari students2 mereka. Ada yang masak, ada yang buat souvenir, macam2 arh. Tapi actual day tu, gua rasa standed pasar malam pon dah ada. Ada cikgu2 yang terpekik terlolong sana sini, ada yang terjulur-julur, terjelir-jelir carik air sebab makan mee goreng extra pedas (salahkan cikgu tersebut, ade ke letak cili sampai 3 genggang dalam mee goreng yg saiz dia tak ubah macam standed nasi lemak KL tu). Bukak2 mee goreng nampak cili je kot, mee dia ntah ke mana pon gua tak tahu la..

Ok, merepek jauh tu, skrang ni gua kena la pikir ape yang gua nk kejar dalam life after school ni. Truly, college makes a man, a better man. Tapi sejauh mana better man yang gua dah jadi? Itu takde benda boleh ukur kot. Tapi ape2 pon, gua takmo jadi engineer, setakat stranded dalam technical comfort zone ni, bagi gua, sampai bila2 pon akan keje ngan orang. Walau ape pon, azam gua satu je, gua tak nak jadi good employee, gua nk jadi good employer!

Dalam perspectives gua, a bad start doesn't mean a worse ending. Since what matters most, is the process of one implement things in life that makes a difference. Such process of which makes a significant different in how you lead your life and how you take it to the fullest. Ramai yang cakap, starting as an engineer is a stable job, and true, gua takkan argue benda tu. Tapi cuba tgk betol2, in technical, even if kalau dah jadi supervisor or anything related to such, takde la berbeza mana. Hidup gua nnt akan still sangkut ngan managing techical issues untuk company yang gua tak own. Bagi gua, gua nk nasib company tu bergantung kat tangan gua sendiri. SATU HARI, GUA NAK OWN COMPANY SENDIRI. Baru la gua puas hati kan. At any rate, gua baru perasan gua dah campur adukkan BM English sesuka mak cik tiri gua. Ah, taram aje la, blog gua kan, pedulik ar gua nk buat ape. Dalam hidup gua, lagi banyak orang yang berjaya (menurut perspectives gua) yang tak la belajar tinggi2. Gua ngan kawan2 gua iA akan grad dengan Bachelor of Engineering, tapi most of the times, gua tgk, ramai je yang lagi berjaya setakat lulusan cikai2.

Gua pernah jumpa banyak orang yang ada Ph.D tapi everyday life is still a struggle. Close family for example, dulu tak mampu belajar engineering, tapi sekarang dah own Fuel Station sendiri. Sorang lagi, lulusan setakat tingkatan 3, tu pun social science. Now ada 8 biji kereta, and bukan calang2 kereta, SLR tuuu. Kerjanya ape? Bukak kedai dobi je. Ada sorang tu technician MAS bega2 enjin RR, boleh kata pakar la bahagian2 baiki tu, baiki ni, tapi dah 3 kali pindah rumah sbb tak mampu bayar sewa. Ada sorang lagi pulak, dulu kerja bawak lori je, pakai baju lusuh2 ngan topi jerami style apek jual ais krim, skrang dah jadi tauke burung layang2. Sebulan RM800,000 masuk poket. Gua nk tanya, engineer mana kerja dapat RM800,000 sebulan? Kerja baiki roket NASA pon gua rasa top 5 angka je. Tu pon dah macam pecah otak baiki benda alah tu. Setakat rumah kat Damansara Utama tu, dia beli mcm beli teh tarik je. Tapi bagusnya orang ni, dia tak pernah lupa diri, duit yang dia dapat tu slalu je dia sedekahkan utk orang miskin/sekolah/sekolah pondok. Sbb tu la kot rezeki datang melimpah ruah. Mamat ni gua kenal masa pergi mancing kat tepi pantai jek. Kaki mancing jugak rupenyer. Hak3...

Like I said, what matters most is not the qualification, it's the determination that counts. Tuhan dah buat orang ni macam2 jenis orang, each with their own strong point and weak points. It is the individual responsibility to understand your own specs, and make the best out of it. Itu la yang most of the time orang cakap, kadang2, street smart is way better than book smart.

In my opinion, there exists a fine line between poor, normal and extraordinary. Tapi part ni gua takmo crite panjang, cukup la setakat surface2 je.

Poor- The person who possess no dream, and lost in the mist of uncertainty in life
Normal - The person who possess a dream, and struggle in making it a reality.
Extraordinary - The person who possess a dream, dare to dream even further and live to it.

Remember, normal people are those who treat life towards stability. Extraordinary people, on the other hand, treats life as a risk. Life is full with difficulties, and every difficulty is the risk taken. Do bear in mind that Extraordinary people do not make others expectations into their priority, they live to their own expectations, and that is what I call life-setter.

Einstein quoted "In every difficulties, lies opportunities"

So, plugging into the equation, we find, people who dream further tend to find more opportunities. The question is, what kind of dream does one may have? What makes them different? What makes them better?

Lastly, cube la spend masa sket berfikir, and tanya diri sendiri soalan2 macam ni, sbb life is short, live it to the fullest!

Trust yourself!



No comments:

Post a Comment