Tuesday, March 15, 2011

A dad's wisdom in me

"Along, I'll get you a computer if you manage to get 1st place in class"

Tu line pancing ayah gua nak suruh gua belajar betul2 masa skolah rendah dulu. Masa tu gua rasa function computer ni untuk main game aje, so gua pon seronok la sorang2. Lagi2 bila takde lagi computer kat rumah. Kira cam motivation la of some sort. Pandai sungguh incik ayah, pancing anak2 dengan hadiah. So, gua pon belajar la betol2, and alhamdulillah, lastly dapat jugak secure 1st place dlm class. So, a few weeks later, datang la computer baru kat rumah. Masa tu computer tu besar2, kotak2 dia toksah crite la, besar haram. Gua ingat mak gua recycle balik kotak computer tu buat simpan kain baju dalam stor. Punya la besar kan... Masa tu seronok tak ingat dunia la, siang malam main game aje keje. Tapi one day, gua dapat tau incik ayah mmg dah plan awal2 nk beli desktop pon untuk dia buat kerja pon, saje je dia pancing gua suruh blaja rajin2. Kira cam sambil menyelam minum air la orang kata. Pandai sungguh beliau

"Along, if you get 8As PMR, papa will give you a present, and you get to pick what you want"

Masa tu dekat PMR, so sebagai budak lelaki sejati, gua mmg berkenan dengan console2 game. Nak beli sendiri tak mampu. So, dulu2 gua sanggup kayuh beskal tgh2 panas pergi rumah kawan yang ada console sbb nk main sama2. Kalau time tayar beskal pancit, kena la menapak sendiri jauh2. Panas lagi, dahaga lagi, penat lagi. Seksa toksah crite la. Pancit siot. As a result, gua decide nk deal ngan incik ayah nk game sebijik. Target2 masa tu nk PS2 la. So, sebagai pelajar bertanggungjawab (hotak dia), gua maintain on top of the class sbb target gua satu je, nk console game tersebut. Hak3. Alhamdulillah, dapat 8As plak untuk PMR, so dapat la merasa main PS2 sendiri. Tak perlu kayuh beskal jauh2 semata2 nk main game lagi. Tak perlu lagi berpanas2, berpeluh2 pastu bau cam bangkai bile balik rumah jalan tengah2 panas.

Masa SPM plak, ayah gua tak janjikan apa2 pon. Ada la terdetik dalam hati ni kadang "eh, kali takde ape2 ke?" Tapi gua rasa incik ayah pun tau gua dah paham tanggungjawab gua masa tu sebagai seorang student tahun akhir secondary school. Tak perlu upah2 lagi, tak perlu hadiah2 lagi. Masing2 dah besar kan. Patutnya dah pandai pikir sendiri. Alhamdullilah jugak, gua pon dah pandai fikir sendiri masa tu. Tup2, gua dapat 12A1 and 1B3. B3 tu plak tasawwur islam, wakakakaka. Sayur giler bab2 agama ni rupenye gua ni. Tapi takpe, pedulik ape gua, janji dah buat yang terbaik dengan usaha sendiri. Petang tu kitaorang gerak pg KL. Sbb masa tu musim cuti sekolah. Malam tu, tgh2 chill2 sorang2 dalam bilik hotel, adik gua ketuk pintu.

Tok tok tok

Kelihatan adik gua yg kecik tu kat muka pintu.

"Along, papa ngan mama panggil along kat bilik, ada private conference sikit diorang cakap"

"Okey" balas gua selamba sambil bawak jambu batu hiris yang gua tgh melantak tadi.

Dalam bilik parents....

"Along! Duduk sini, papa nk cakap sikit."

*Dalam hati, "aiseh, gua ada buat salah ke? Serius pelik pulak nada ni"

Incik ayah duduk bersila depan gua ala2 samurai jepun. Sepantas kilat, dia celup poket kanan, kuarkan sesuatu.

"Abeslah, nk kena marah ke ape ni" jerit hati kecil gua, sedikit cuak

Tersergam indah duit kertas 50 hengget berhelai2 dalam genggaman incik ayah. Rupe2nye, duit yang dikeluarkan dari poket tadi. Pelan2 dihulurkan kat tangan gua.

"Along, papa bagi along RM2000 ni untuk along belanja. Ikut along lah nak beli ape2 pon. Tak kesah la game ke ape ke. Ni hadiah sempena result SPM along. Along tahu kan kitaorang sayang along."

Esoknya, gua pergi bank, gua sendiri pergi deposit duit tu kat ASB. Gua tak sampai hati nk guna duit tu untuk beli barang merapu2, instead gua simpan target utk investment masa depan. Mana tahu nanti dapat offer pergi mana2 nanti kan. At least da ada duit sendiri nk buat apa2 nnt.

Tup2, dah 4 tahun gua kat Vandy ni. Lagi 2 bulan lagi nk grad. Dah ready nk masuk alam pekerjaan dah pon.
4 years in the States brought the manhood in me. Macam2 pengalaman pahit and manis yang dah gua lalui untuk jadi orang berguna. And sepanjang 4 tahun tu jugak, wisdom incik ayah sentiasa ada kat diri gua. Hopefully, wisdom tu akan berkekalan sampai gua mati nnt.

Sampai sekarang gua ingat, incik ayah gua:

Incik ayah tak pernah merungut hantar anak dia jauh2 dulu sbb anak dia masuk pertandingan invention dulu2.
Incik ayah yang tak pernah say no kalau gua mintak apa2 dengan dia.
Incik ayah yang tak pernah berhenti tolong gua carik jalan penyelesaian kalau gua ada story2 problem kat dia.
Incik ayah yang rela korbankan masa rehat dia untuk bawak family pg bercuti sama2 time gua balik summer.
Incik ayah yang sentiasa bagi sokongan kat apa2 yg gua buat sampai gua jadi orang.

Now, it's time untuk gua pulak untuk teruskan wisdom beliau. Gua doakan 1 hatri nnt gua jadi orang yg awesome macam incik ayah jugak.

I love you dad!

2 comments: