Monday, March 14, 2011

Isn't life amazing when people appreciate us? :D

11 March 2011 9PM


Jom dengar lagu ni sambil2 baca post ni:



"Buzz"

Bunyi YM kat desktop gua memecah keheningan malam. Gua tgh lalok atas katil tgk Family Guy, sitcom feveret gua terus terpaku, keras....

"Tap tap tap" bunyi keyboard logitech yg sedang rakus ditaip jejaka macho bernama Syaf.

"Kol 9 nnt jom pg cinema doe, ada crite baru kuar, red riding hood, aku ada tiket lebeh"

"Nape awal sangat doe, pergi la lewat sikit, ni baru Friday doug" gua taip selamba sambil tarik kening kanan ke atas ala2 The Rock, sambil berfikir sesuatu...

"Ada shooting ke?"

"Aah, dillot cakap takleh lewat2, ada shooting malam kang, kene shooting Senior Farewell Party lewat sikit sbb ramai orang kat Branscomb nnt"

Gua tersenyum sinis.

"Erm, okeh, layan je la then"

Tepat kol 9  malam, gua bergegas turun ke blik member gua kat McTyiere, si achid yang gua berjaya tarik masuk Chinese Hall dulu. Kelihatan beliau sedang kusyuk melantak ketiak ayam obies sorang2 dalam bilik.

"Eh, cepat la, kata movie start kol 9, ni dah 9.02 pm ni. Nnt tgk crite separuh jalan la jawabnye"

"Okeh, jom!!"

Deruman enjin Nissan Altima 2.5 di luar mengaum tanda dihidupkan. Gagak2 yang tgh tido atas pokok semua bertempiaran lari terbang dek kerana terkejut. Tak kurang yg rebah ke tanah akibat terkena serangan jantung.

"Damn, nanti kene isi minyak nampaknya ni" ujar gua selepas tgk meter minyak yang agak segan2 tunjuk kat E. Sambil tarik handbrake, gua sempat buat drift kat belakang Branscomb dalam sebijik dua sbb jarang dapat kereta best untuk dibawak berjalan walaupun sekadar untuk tgk wayang. "Screehhhhhhh" tayar belakang berasap menambah macho pada skill gua buat stunt. Ok, tu tipu.

"Eh, singgah depan Branscomb la ambek budak2 ni. Diorang tunggu kat situ tu"

Nissan Altima yg degembar-gemburkan tadi dimatikan depan curb Branscomb. Tak semena-mena, si Achid ni ambek kunci kereta gua bawak kuar  sedikit melemparkan senyuman sinis sambil berjalan ala2 Backstreet Boys masuk ke Branscomb. Mentang2 la kereta keyless tak payah cucuk kunci boleh start, ske ati beliau je nk cilok kunci gua, ceit!

Langkah gua pon dimulakan menuju ke Branscomb.

Krakkk

Sejurus selepas pintu dibuka, gua nampak budak2 ni tgh berkumpul belakang pokok.

"Heh, ini mesti nk kejutkan gua ni" gasak gua dalam hati tapi masih maintain muka cool.

Suara Wani the Datin terngiang ditelinga.

"Ala... tak jadi.... " sambil ambil gambar gua cover kejutan yg dah spoil.

Tak semena2, air berterbangan di udara singgah ke badan gua. BASAH KUYUP....

"Prappp prapp" bunyi bom telur yang pecah di badan gua. Wargh, basah, melekit. Gua rasa cam ular baru mengawan lilit badan gua pon ada. Hak3.

Terbahak-bahak budak2 sophomore Class of 2013 ni bantai gua ngan telur ngan air. Seronok la tu prank orang. Kui3.

HAPPY BIRTHDAYYYYYYYY!!!

Dengar suara budak2 ni menjerit bagai nk rak kat gua. Hak3.. 

So, dipendekkan crite, selepas menyental telur2 kat badan gua yg menggiurkan ni, gua patah balik kat Branscomb. Si achid ngan dillot tarik gua pg kat Lounge tgh and tersergam indah sebijik kek penuh berkilat2 kat meja. Rupe-rupenye diorang ni dah pakat nak kenakan gua sempena hari lahir gua yg ke 19 22 kat Vandy ni. Selebihnya, gua kasik gambar2 ni explain camne gua rasa masa tu.....



The aftermatch

Lpas kena baling telor
Senyuman berbisa meon yg mampu mencairkan hati gadis2

Kek penuh berkelip

 Orang tak biasa potong kek


How I wish ada gambar2 lagi untuk dibuat kenangan, tapi camera plak abes battery, hak3.... Kalau tak mesti sempat ambil gambar semua orang. Tapi takpe, yg penting, semangat budak2 ni yg bertungkus-lumus buat birthday party gua ni yang paling gua treasure. First birthday party in 4 years plak tu kan.... Seronok gaban! Ingatkan dah dapat kek kat Baskin Robbins takde la kena prank dah, alih2, kena jugak rupenyer.... Kui3.

Actually gua dah agak akan kena prank sbb ayat si Achid tadi yg agak terkantoi. Ye la kan, dah Spring Break, apekejadahnya ramai orang kat dorm plak kan. Kui3... Comel je gaya kantoi beliau. Tapi gua layankan jugak akhirnya. Gua rasa cam bapak budak kena prank ngan anak2 dia time balik keje, camtu la perasaan dia lebih kurang. Dia dah tahu budak2 ni nk prank dia, tapi dilayannya jugak sbb sayangkan anak2 dia. *Walaupun gua takde anak lagi, tapi insyaalah nnt gua nk dlm 7-8 orang, kalau boleh, buat team volleyball terus, baru meriah, hak3

Sbb takde picture semua orang, gua nk ucapkan kat semua budak2 yang datang sambut haritu:

Dillot, Abel, Achid, Bella, Wani, Aini, Meon, Diana, James, Boscoe, Zaki, Tasah, Syun, Iskandar, Saira, Atie, Sani, Rain, Irfan, and sape2 lagi yg datang in case gua tak ingat nk sebut nama korang :D

Thank you budak2, sbb sanggup ingat kat orang tua ni
Thank you budak2, sbb sanggup spend time busy buat trailer untuk belikan kek untuk gua
Thank you budak2, sbb buat gua rasa appreciate life even more
Thank you budak2, sbb bersusah payah buat prank untuk gua
And thank you budak2, sbb bagi memory terbaik kat gua sepanjang 4 tahun kat Vandy ni :D

Gua cakap ni sekali je eh? Lemak la nak ulang tayang kan. (Walaupun ni kira mencilok ayat korang kan)

"Aku sayang korang semua" 


Random post dari orang tua yang akan tinggalkan Vandy soon

1 comment:

  1. demmit. muka jahat aku nk baling telur yg buruk tu jugak ko letak. =.="

    ReplyDelete