Tuesday, February 15, 2011

Depan machine shop FGH 131

Harini gua sempat skype ngan encik ayah yang makin lama makin busy memanjang. Ada visitor dari States kata dia. Kalau call, most of the times dalam meeting or ada kena jumpe orang. Tapi takpe, gua paham tugas beliau. Kalau takde, maka tak berjalan la warehouse operation untuk offshore logistics tu. Equation dia yang gua boleh pikir maybe camni

Incik Ayah x pergi meeting-->Logistics offshore kacau bilau-->minyak tak boleh drill-->Exxonmobil rugi-->harga minyak Mesia naik-->harga minyak dunia naik-->Harga tiket flight mahal-->Freshman,Sophomore, ngan Junior takleh balik mesia summer ni

Kui3. Selamba je buat equation sendiri kan?? Tapi takpe, since incik ayah ni or nicknamenye "papa" ni orang yang sangat komited ngan kerja, insyaalah harga minyak sedunia takkan naik kan? Incik ayah ni awesome orangnya, banyak wisdodm la orang kata, mcm ayah2 korang la. Dari hal masak teppanyaki ke hal investment kitaorang boleh layan sama2. Baru2 ni kitaorang sempat discuss pasal bond2 yang kitaorang dah buat sekali ngan mama. Boleh tahan jugak la otak business dia rupenyer, plan tu, plan ni. In a nut shell, semua benda jadi tersusun, sbb incik ayah ni pantang sikit kerja tak tersusun. Kalau boleh, semua benda kena letak dalam binders, each labelled untuk future reference. Bil tepon2, bil Astro, bil tu bil ni, seme ada kat dalam cabinet well-organized. Collection yang dah ada since 7 years ago kot. Kui3



Akhirnyeee, incik Southwest dah naik gile babeng, well, takde la naik gila babeng, tapi ade da dalam 20 cents gak seunit, ok dah tu, slalu terkial2 je naik turun 3-4 cents sehari, tensen gua... Deng.

Kalau tgk saham incik google plak:


Macam bese la, rugi 3-4 dollar camtu je, kuang asam betol. Tapi tu la nasib baik benda alah ni mahal cost dia seunit, takde la terasa sgt sbb tak mmg tak mampu beli banyak2...Kalau dah 625 USD seunit tu mmg cekik darah nak mati la kan... Maximum gua ada benda ni pon 8 unit je, pastu kena resell sbb comeback per unit kecik nak mati.

Ni lak stock market yang gua rasa antara yang paling mahal dalam dunia, Berkshire Hathaway:


Yang ni toksah cakap banyak la, kalau saham seunit pon dah harga 127k USD, gua just mampu tgk je la. Nak beli mmg tak mampu ar sbb student kan. Kuang asam betol la, jual la murah2 sket, jual ikut Kilogram ke, at least boleh gak angkat setengah Kilo. Tapi pulangan dia agak lumayan ar, margin standed ribu2 sehari kot. Tapi tu la kan, Geico je sebenarnya yang bawak Berkshire ni naik, kalau business dia yg lain tu takde la power sgt gua rasa. Buat duit gak kalau bukak syarikat insurance ni kot. Sbb untung main atas angin je. Invest sikit, terus menjadi, perghhhhh... Nnt gua nk bukak ar barang 1-2 syarikat insurance jugak. Ganti Takaful ke, Kurnia ke, awesome gak. 

Actually, gua tgh bosan sebenarnya ni, patutnya ada kelas welding kat FGH 131, tapi gua ngan member gua, Wanshoh mat skem dari tadi duduk tepi pintu masuk sbb instructor kitaorang tak datang lagi. Tertido ke ape mamat ni? Kalau tertido tu cakap la awal2, boleh gua join bantai tido jugakk, ade ke tido sorang2? Tak make sense sungguh... Hak3. Lantak la, kalau dia tak datang2 jugak lagi 5 minit, gua nak blah sambung buat taik mata... Kui3

Monday, February 14, 2011

Friends make life even more amazing

Harini genap tinggal 87 hari lagi gua nak grad insyaalah. ANYF is just around the corner, 2/19 ni gua perform 4 benda untuk Asian New Year Festival. Taiko Drum (drum Jepun yang 4 kali ganda lagi besar dari tong gas masak tu), Soran Bushi (tarian menjala ikan, don't ask, gua tak tahu history menatang ni, yang gua tahu, benda ni best je), Martial Arts (yang ni kalau gua kena explain gak tak tahu la), and Fashion Show. Sbb tinggal ngan 5 credit utk semester ni, gua decide untuk mem'busy'kan diri dengan benda2 alah camni, sbb gua dah tak tahu lagi nak buat apa kat Vandy ni. Owh, also, gua sempat la pergi snowboard kat North Carolina random2 masa weekend sbb dah tahu nak buat ape kan.....

Ok, beberapa hari lepas, gua sempat sembang ngan geng2 laki pasal pompuan idaman diorang. Kui3. Open crite la sikit2 kan sebarang dua. So, ada la yang jawab Tiz Zaqyah sbb muka dia nampak innocent, Nasha Aziz sebab body dia lecur melecur, and tak kurang Lisa Surihani sbb dia comel tapi educated. Owh, tak kurang je yang suka Cameron Diaz sbb dia comel2 gebu gitu. Hak3. Standed la conversation budak2 laki ni kan. Bahagian gatal tu mmg ada la sikit sebanyak. Kalau takde part gatal tu, samada korang ni "Saya gay, saya ok" or korang ni spesis alien planet E.T.

Macam2 ragam orang zaman sekarang ni kan. Dah tuhan jadikan laki pompuan tu sepasang, gatal2 pulak nak "main pedang" sama2 sendiri. Ok, since tu nasty, abaikan..... Anyways, topik yang gua nk cakap arini bukan yang ni sebenarnya, gua nk cakap pasal life kat Vandy ni sikit sebanyak recently.

Ada la member gua baru post aritu, "Spring is the season of love", kui3, betol la kot. Ada member gua sorang ni baru nk slow2 kenal the better half, tak kurang ngan orang yang terkial2 baru nk carik idea camne nak start berjinak2 ngan relationship, tak kurang jugak yang ada element of surprise pergi dinner sama2, and of course, tak kurang gak orang yang dah bawak ke jinjang pelamin. Kui3... Life is beautiful bak crite2 Korea kata....

Of course la, dalam relationship ngan orang ni, tak kurang yang bergaduh sikit2 kat facebook pastu terus tukar status. Gua rasa nk golek gelak2 pon ada kadang2. Relax la, stakat gado kecik2, tak perlu la dibesar-besarkan. Yang gado besar tu gua takmo masuk campur hal rumahtangga korang, tu pandai2 korang la setel sendiri. Tapi the point yang gua cuba bawak skrang, gua tgk life ni dah makin lama makin interesting skrang. Maybe sbb masa bila kita tahu masa kita makin limited dlm college life ni, before masuk dalam other turning point in life, kita makin appreciate benda2 keliling kita yang kita slalu look for granted selama ni.

Kat McTyiere ni dulu takde orang Mesia, tapi skrang gua dah ada 2 orang apprentice kat sini. Sorang hall Jepun, sorang Hall Chinese. Pendek kata, dah macam adik beradik dah. Sbb McTyiere ni single dormitories, kitaorang spend masa sama2 buat ape2. Tak kesah la makan ke, tgk tv ke, buat hw ke (FYI, definition HW dah takde dalam kamus hidup gua sekarang, kui3), or just lepak2 kat Starbucks or main Volley. Kadang2 rasa diri ni dah tua sbb dah senior, tapi spend byk masa ngan Sophomore 2 orang ni or sophomore2 lain kat Branscomb. Kui3. Tapi takpe, diorang ni pon budak2 baik gua rasa, and appreciate each other macam adik-beradik, so gua pon layan jek :p... From Neutral point of view, gua suka sangat spend masa ngan budak2 Sophomore ni, sbb gua rasa, diorang ni unik, unik sebab bond sesama sendiri tu very firm and tak berpecah-belah. Bond tu gua rasa bertahan sampai skrang sbb personality diorang yang very forgiving, tak berpura2, tolerant and tak pentingkan diri sendiri. Bila takde unsur2 tadi, automatically, hubungan sesama sendiri tu jadi rapat, and seme orang happy.

Kadang2, GUA JELES, jeles sangat-sangat sbb slalu tgk diorang ni bersama2, united as one. For 4 years gua kat Vandy, so far, view tu paling susah gua nk carik. Gua rasa Class of 2013 ni somewhat special, sbb macam2 jenis orang ada. Gua perhati2, ada macam2 element dalam ni, element Jepun yang gua dah berjaya masukkan dalam J-Hall, element Chinese yang gua dah berjaya tarik ke C-Hall, element Korea Nobody2 but you, and tak kurang jugak element2 lain yang bercampur aduk and dah sebati ngan budak2 ni. Kadang2, sebagai orang yang lagi tua (gua senior ok? bukan sophomore.. Kui3) bile tgk2 gambar budak2 ni kat Facebook, hati gua pon jadi sejuk...  Maybe sbb gua dah tua kot jadi camni, kui3... Macam abang yang tgk adik2 dia bergurau senda sambil makan2, or a big family yang korang takkan bosan spend masa with.....

Dalam banyak2 gambar, gua paling suka yang ni:



Cube tgk betol2 gambar ni, ada tak senyum yang setakat senyum nak ambil gambar? Or ada tak senyum style nak berus gigi or tangan kayu masuk poket sengih2 ambek gambar macam kerang busuk? Bg gua, takde SLR pon xpe kalau boleh ambek gambar mcm ni slalu. Ni la gambar yang gua rasa paling honest and outstanding dalam byk2 gambar, sbb dalam ni gua nampak "Smile that comes from the heart". Gambar ni la yang sampai skrang gua buat wallpaper gua, sbb gua suka tgk slalu. Lg valuable dari letak gambar lanscape bukit2 or Eiffel Tower kat wallpaper laptop gua rasa. Panggil la gua emotional ke, ape ke, gua tak kesah, ape yang gua suke tgk, gua akan tetap suka tgk sampai bebile. Sape print gambar ni letak dalam frame lawa2, 30 dollar pon gua sanggup beli kot. Kui3. Ape2 pon, gua nak pesan kat semua orang dalam gambar ni,"Value each other till the end". Since manusia tak terlepas dari salah, kalau ada terbuat salah sikit sebanyak tu, pejam je la sebelah mata. Nanti bile dah naik jadi senior cam gua , nnt dah terlambat nk pusing balik masa. Especially kalau korang hidup kat McTyiere sorang2 mcm gua. Sape2 rasa legend engineer yang boleh buat Time Machine, kasitau gua, gua nk sponsor project time machine korang. Hak3

Remember, the bond that is built between people is on a base called TRUST. And TRUST is earned, not obtained. Bukan account Suntrust tau, tapi trust (Lame...). Human relation mmg berfitrah macam tu. True friends are earned. Bukan boleh beli kat kedai or jumpa random2 kat tgh pasar malam. Kalau ada bgtau gua, gua nak borong sampai licin. Material bukan everything, bilik yang serba lengkap, ada TV besar, ada desktop, ada console, hiasan sana, hiasan sini, tapi kalau hati kosong gua rasa takde guna sesen pon. Never kejar duit semata-mata untuk lead a happier life, instead, lead a happier life and the cash will simply come in rollin'. Gua nk quote kawan gua sket, encik Shawn:

"Strangers stab you in the front, friends stab you in the back, boyfriends/girlfriends stab you in the heart, but true friends poke you with a straw and grin, for that's what makes life amazing"

Current Mood Meter: Happy! :D

Tuesday, February 1, 2011

What is life to you?

Pejam celik pejam celik, tinggal lagi 100 days before graduation. Truthfully, gua tak ready lagi nak grad, sbb gua rasa life kat college ni sangat interesting. Interesting tahap gaban. Very different dari zaman muda mudi kat high school dulu. Ye la, benda paling grand yang pernah skool gua buat pon, setakat hari Kokurikulum je. Masa tu ada la cikgu2 bantai ambek peluang carik cash extra dari students2 mereka. Ada yang masak, ada yang buat souvenir, macam2 arh. Tapi actual day tu, gua rasa standed pasar malam pon dah ada. Ada cikgu2 yang terpekik terlolong sana sini, ada yang terjulur-julur, terjelir-jelir carik air sebab makan mee goreng extra pedas (salahkan cikgu tersebut, ade ke letak cili sampai 3 genggang dalam mee goreng yg saiz dia tak ubah macam standed nasi lemak KL tu). Bukak2 mee goreng nampak cili je kot, mee dia ntah ke mana pon gua tak tahu la..

Ok, merepek jauh tu, skrang ni gua kena la pikir ape yang gua nk kejar dalam life after school ni. Truly, college makes a man, a better man. Tapi sejauh mana better man yang gua dah jadi? Itu takde benda boleh ukur kot. Tapi ape2 pon, gua takmo jadi engineer, setakat stranded dalam technical comfort zone ni, bagi gua, sampai bila2 pon akan keje ngan orang. Walau ape pon, azam gua satu je, gua tak nak jadi good employee, gua nk jadi good employer!

Dalam perspectives gua, a bad start doesn't mean a worse ending. Since what matters most, is the process of one implement things in life that makes a difference. Such process of which makes a significant different in how you lead your life and how you take it to the fullest. Ramai yang cakap, starting as an engineer is a stable job, and true, gua takkan argue benda tu. Tapi cuba tgk betol2, in technical, even if kalau dah jadi supervisor or anything related to such, takde la berbeza mana. Hidup gua nnt akan still sangkut ngan managing techical issues untuk company yang gua tak own. Bagi gua, gua nk nasib company tu bergantung kat tangan gua sendiri. SATU HARI, GUA NAK OWN COMPANY SENDIRI. Baru la gua puas hati kan. At any rate, gua baru perasan gua dah campur adukkan BM English sesuka mak cik tiri gua. Ah, taram aje la, blog gua kan, pedulik ar gua nk buat ape. Dalam hidup gua, lagi banyak orang yang berjaya (menurut perspectives gua) yang tak la belajar tinggi2. Gua ngan kawan2 gua iA akan grad dengan Bachelor of Engineering, tapi most of the times, gua tgk, ramai je yang lagi berjaya setakat lulusan cikai2.

Gua pernah jumpa banyak orang yang ada Ph.D tapi everyday life is still a struggle. Close family for example, dulu tak mampu belajar engineering, tapi sekarang dah own Fuel Station sendiri. Sorang lagi, lulusan setakat tingkatan 3, tu pun social science. Now ada 8 biji kereta, and bukan calang2 kereta, SLR tuuu. Kerjanya ape? Bukak kedai dobi je. Ada sorang tu technician MAS bega2 enjin RR, boleh kata pakar la bahagian2 baiki tu, baiki ni, tapi dah 3 kali pindah rumah sbb tak mampu bayar sewa. Ada sorang lagi pulak, dulu kerja bawak lori je, pakai baju lusuh2 ngan topi jerami style apek jual ais krim, skrang dah jadi tauke burung layang2. Sebulan RM800,000 masuk poket. Gua nk tanya, engineer mana kerja dapat RM800,000 sebulan? Kerja baiki roket NASA pon gua rasa top 5 angka je. Tu pon dah macam pecah otak baiki benda alah tu. Setakat rumah kat Damansara Utama tu, dia beli mcm beli teh tarik je. Tapi bagusnya orang ni, dia tak pernah lupa diri, duit yang dia dapat tu slalu je dia sedekahkan utk orang miskin/sekolah/sekolah pondok. Sbb tu la kot rezeki datang melimpah ruah. Mamat ni gua kenal masa pergi mancing kat tepi pantai jek. Kaki mancing jugak rupenyer. Hak3...

Like I said, what matters most is not the qualification, it's the determination that counts. Tuhan dah buat orang ni macam2 jenis orang, each with their own strong point and weak points. It is the individual responsibility to understand your own specs, and make the best out of it. Itu la yang most of the time orang cakap, kadang2, street smart is way better than book smart.

In my opinion, there exists a fine line between poor, normal and extraordinary. Tapi part ni gua takmo crite panjang, cukup la setakat surface2 je.

Poor- The person who possess no dream, and lost in the mist of uncertainty in life
Normal - The person who possess a dream, and struggle in making it a reality.
Extraordinary - The person who possess a dream, dare to dream even further and live to it.

Remember, normal people are those who treat life towards stability. Extraordinary people, on the other hand, treats life as a risk. Life is full with difficulties, and every difficulty is the risk taken. Do bear in mind that Extraordinary people do not make others expectations into their priority, they live to their own expectations, and that is what I call life-setter.

Einstein quoted "In every difficulties, lies opportunities"

So, plugging into the equation, we find, people who dream further tend to find more opportunities. The question is, what kind of dream does one may have? What makes them different? What makes them better?

Lastly, cube la spend masa sket berfikir, and tanya diri sendiri soalan2 macam ni, sbb life is short, live it to the fullest!

Trust yourself!



Friday, January 28, 2011

The spring awakening....

1.58 a.m, for some reason still tak boleh tido... The thought of having 5 credits utk Spring langsung tak memainkan peranan last sem ni... busy memanjang gak rupenyer

Ok, hari ni since bangun tido, pg kelas Japanese, work on Soran Bushi, jumpa client, work on Soran Bushi, Welding class, work on Soran Bushi, dinner, work on Soran Bushi, then practice Soran Bushi... For the very first time, gua buntu gila arini nk choreograph beginning 2nd minute. Video online dah tgk berpuluh2 kali, pikir dah berpuluh2 kali, tapi still takde idea nk sambung next move... Last2, dapat extra 10-12 seconds je extension.. Nothing much mcm training before, tapi takpe, berbaloi, sbb tgk muka budak2 semua happy.... Gua boleh sengih je, kui3.... Itu la balasannye bila suruh orang tak berbakat choreograph benda yg dia tak tau, akibatnye? Naruto, Metal Gear Solid, habis seme character anime + kartun gua bantai masuk fuse sekali dalam Soran Bushi... Hak3, takpe2, janji ada hasil, and janji, idea tu takde limit possibilities. Hak3....

Takde la byk sgt update, tapi skrang struggle gak la masuk 3 dance sekaligus, tak termasuk 1 fashion show for ANYF 2011 nanti. Since ni last semester kat Vandy, gua rasa nak enjoy seme benda, bende2 yg gua byk take for granted dulu... Happiness rupe2nyer exists in little things in life, dah ade depan mata, cuma most of the time, kita take things for granted. Dah jadi senior baru perasan benda2 mcm ni. Sbb arini ada dance for Peace, demi tak mengecewakan mamat Filipino dalam J-Hall gua, gua pg jugak la tgk dia atas stage DJ tadi... Pelik budak tu, pelik sepelik-peliknye, tapi dalam hati gua, gua impressed sbb mamat ni yakin dengan benda2 yg dia suka, things of his own choice.... Gua sengih2 je sorang2 tadi tgk dia atas stage, dia pon sengih2 tgk gua sekali ngan the rest of the J-Hall, hak3, maybe seronok tgk teman2 dia datang bg support maybe? Dont know....

Pastu balik, sempat jugak la singgah FGH kejap, jumpa si Achid, sbb nk discuss over snowboard trip yg ntah ape nasib pon gua tak tau dah. Sbb scheduling conflict, ramai tak dpt pergi, so kesian gak la si Kuling kena pg 1 kereta instead of 2. Tapi since tu je available option, gua redha je.... Hak3, walaupun dlm hati gua melonjak2 nk pg, tapi responsibility kena la jadi priority... Kalau tak ape jadi la ngan group Soran Bushi gua nanti.... So, kat FGH, gua lepak2 la kejap sebelah budak2 sophomore ni. Achid Aqis Fuad tgh struggle buat HW Signal Processing... Pastu, gua pg Branscomb lak return buku si Joe tu, nampak la group2 sophomore buat HW ramai2 kat bawah, dah macam kampung melayu pun ade, kui3... Sorang tgh tenyeh2 mata sbb ngantuk tapi keje still tak siap2, sorang tgh sibuk kaco orang sana sini, sorang tgh main baling2 pen, sorang tgh kusyuk baca buku sambil dgr ipod (tak pon kusyuk dgr lagu, ape yg dibaca tu pg mana ntah)..... Sambil tgk2, ntah camne gua teringat time gua sophomore dulu... Struggle jugak la buat dynamics malam2 kot... Tapi gua byk buat sorang2 sbb masa tu baru pindah McTyiere.... Sayang sbb masa tu takde geng sgt nk buat hw sekali, nk pg tempat2 lain, malas plak... Ok, so basically, gua mengelamun la dalam setengah jam kot, tgk budak2 ni buat HW, dalam hati, rasa seronok pon ade, jeles pon ade, sbb kalau boleh putar balik masa, gua pon nk buat mcm diorang masa sophomore dulu....Walaupun HW banyak, tapi kalau buat keje sama2, mmg happy, kadang2 of course byk melagha la, tapi bende2 camtu la yg buat kita kenal hati budi orang... kenal manusia yg mcm2 jenis ade yg Tuhan cipta.... Byk jugak la benda yg gua mengelamun tadi rupenyer, kui3....

Kadang2, bila senior ni, bila gua balik bilik, landing atas katil, gua rasa mcm gambar kat bawah ni:


Sambil landing2, byk benda yg masuk dalam otak, byk benda yg gua fikir balik, and mcm2 yg kite pikir n rasa, resah ke, happy ke, rindu ke, penat ke, seronok ke, tu seme perasaan yg in a sense, buat kita jadi orang..... Ape salah yg kita buat harini, kita ingat so that kita tak buat benda yg sama esok hari, or ape yg kita dah buat arini, maybe ade yg boleh diimprovekan utk masa akan datang.... 

Life is short, live it to your expectation, not the expectation of others....



Wednesday, January 5, 2011

Maturity - Del Definition

"Welcome back" gua nk cakap kat diri sendiri sbb lama tak sambung tulis blog ni. So, 2 days ago gua baru je balik berfoya2 kat Orlando, Miami ngan Key West. Before ni gua mmg pernah pg Florida dah, tapi dulu tu trip banyak jalan2 sgt tak sempat nak naik rides puas2, so this time, kitaorang bantai masuk theme park ulang2 kali sampai muntah. Kui3. Ni summary multiplier gua bantai naik rides kat Universal Studios, Busch Garden ngan Seaworld

Kraken, Seaworld - 2
Manta, Seaworld - 2
Gwazi, Seaworld - 2
Bomb Bay/Del Stukas, Wet and Wild - 2 (250ft vertical slide)
Sheikra, Busch Garden - 2
Montu, Busch Garden - 2
Hulk, Universal Studios - 6
Spiderman, Universal Studios - 3
Harry Potter, the Forbidden Adventure 4D - 5 
Harry Potter Dragon Challenge - 20+ (tak ingat exact number)

In a nutshell, ni semua untuk cover balik masa2 yg hilang masa summer Freshmen dulu. Funny part is, kitaorang naik banyak2 sangat sampai ada yg dah mcm tauge turun Roller coaster. Muka kawan gua, Wansoh Mat Skem mmg priceless especially lepas turun Kraken., nak bantai gelak golek2 kang terasa plak. Kui3

Dulu masa kitaorang pg Florida tak sempat tgk Shamu kat Seaworld. So, good thing is that trip kali ni dah banyak cover apa yang 'miss' dulu. 

Tapi tu bukan topic utama gua arini, in fact, takde correlation pon, setakat mukadimah boleh la kot. Arini gua nk cakap pasal maturity. 

Gua rasa mmg tiap2 orang ada definition 'maturity'. Tapi gua ada definition gua sendiri, sama tak ngan ape yg korang rasa, gua pedulik ape kan... Hak3

Lelaki mature, dalam definition gua kena chill buat ape2. Bagi gua, lelaki mature bukan yang berdiri cekak pinggang or cross tangan sambil tercegat berdiri kat corner dinding dalam majlis or setakat masuk tangan masuk dlm poket angkat bahu purak2 nampak cool. Bagi gua, lelaki mature patutnya orang yg tenang berfikir time2 ada musibah, pandai jaga hati orang lain, and berani speak out ape yang dia fikir. Gua rasa, muka je ganas/macho, kalau tak berani nak speak out ape yg dia rasa kat public, gua rasa tak payah jadi lelaki la, buat malu kaum je. Point tak betul sikit2 pon takpe, janji berani buat apa2, barula gua rasa perangai jantan....

Ckp pasal maturity, gua cukup respect sama satu orang dalam family. Uncle gua ni, antara orang paling chill buat ape2...




Bagi gua, orang ni la mentor, guru and idola gua, Uncle Zuraidi nama dia. Mcm korang tgk dalam gambar2 ni, gua rasa dia la orang paling chill buat apa2, anak dah ada 2, besar panjang plak tu, tapi still hati muda and paling senang nak mintak tolong. Kalau dia ada, mesti time rasa cam gerak laju sbb aura "awesomeness" tu ada. Hak3, ok tu hiperbola... Tapi, mamat ni mmg legend sbb tak kira kanak2 ke, remaja ke, orang tua ke, dia mmg boleh bergaul tanpa segan silu. Borak lama mana pon tak bosan gua rasa. Being a CEO, pekerja2 dia mmg suka dia ni. Ada PhD, kaya raya, tapi still tak memilih berkawan, very honest guy. Iklan2 berlambak2 kat TV3 tu, mmg kerja dia la mostly. Tua ke muda ke, jahat ke baik, gua rasa takde definition ni dalam kamus dia, itu yang gua respek gila kat mamat ni. Pernah sekali gua tgk dia main kejar2 ngan budak2, takde hal pon. Satu prinsip dia yang gua nak pegang is, orang yang kaya dengan kawan2 itu jauh lagi baik dari orang yg kaya ngan duit. 

Ini la baru gua rasa lelaki macho. Biar ape yg jadi pon, dia still boleh senyum buat lawak sambil try to overcome the unexpected circumstances. Mmg legend. 

Monday, December 27, 2010

Miami Update

Skrang ni jam tepat 2.35a.m. Gua tgh chill2 kejap kat lobby hotel gua kat Miami ni. Esok kena drive lagi 3 jam ke Key West, so gua takleh update byk mcm biasa. Nnt balik Florida ni gua open story okeh? Peace :p

Saturday, December 18, 2010

SOAL JAWAB BERSAMA PENGARANG

All in all, sebenarnya seronok kalau baca karangan orang ni. So, jom review sket soalan2 cepumas yang aku berjaya compile2 sedikit sebanyak tadi. Kiranya bolehlah jadi rujukan korang nanti esok lusa ke kan...

Situation 1: Korang bersedia nak mengarang and korang ada satu pen dalam laci. Tapi, sebab rasa sayang yang amat kat pen tadi, korang rasa takut nak guna. Maybe takut jadi apa2 yg korang maybe tak sanggup nak tanggungjawab nanti. Sbb pada hati korang, pen tu amatlah priceless value dia. So, korang cari pen lain untuk mengarang. So basically, dah ada beberapa cerita yang korang dah tulis menggunakan pen lain tadi. Lepas masa berlalu, datang plak perasaan janggal kat hati korang. Somehow, "longing" untuk guna pen yang lama, sbb hati kecik korang rasa nak guna je pen lama tu. Macam sayang plak kalau tak guna. So, ape yang korang nak buat?

Voted answer: Pergi je lah woiii, ape lagi tunggu2? Sian lak pen tu korang simpan dalam laci terperap dalam tu sepanjang masa. Padahal, pen tu sabar je menunggu korang ambek dia untuk sama2 buat cerita. Walaupun maybe pen tu tak berapa mahal harga dia, pen tu senang je bagi idea kat korang camne nak sambung cerita dalam buku korang. Takkan nak tunggu buku kena makan ngan anai2 kot, baru terkial2 nak carik pen yang korang rindu nak guna tadi? Or korang nak tunggu page dalam buku tu makin berkurang ke tahap kronik baru nak guna? Masa tu dah terlambat la. Kui3 All in all, belum cuba belum tahu. Buat je apa yang hati korang beritahu. Heart is the best guide! Lulz....


Situation 2: Masalah memilih. Korang ada banyak pen dalam laci korang. Tak pon kat bookstore Vandy yang korang boleh access sepanjang hari. Korang asyik round2 bookstore or tanya Roger T. Imai pasal pen ni, tapi takde plak nak beli... Ceit! Buang karan betul. Korang tak sure pen mana yang boleh jadi teman korang menulis dengan baik sbb dalam kepala hotak korang asyik pikir "Shoot, is this the right pen for me?". So, korang asyik terkedek2 masuk bookstore tu untuk ushar pen yang korang suka tu. Masa orang lain sibuk nak beli pen, korang sibuk plak ambek pen tu, buat2 ushar nak beli.... Bila orang dah blah, korang gedik2 plak sangkut pen tu kat tempat asal dia. Nak beli takut, tak beli takut tak menyempat. So camne tu?

Voted answer: Korang ni jenis yang agak memilih sangat lah kot. Time orang nak ushar pen tu, pandai plak korang buat2 busy ushar2 pen tu. Ntah ape2 la camni. Patutnya, kalau korang yakin pen tu yang terbaik untuk korang untuk korang sambung tulis cerita or dlm kata yang lagi senang, korang SUKA SANGAT pen tu, bawak2 la kat kaunter untuk dibayar. Keputusan tu memang ada dalam tangan korang, tapi kalau asyik terhegeh2 memilih, bila korang nak sambung mengarang? Nnt bila page korang blank, korang gak yang down, ye tak? Kalau tak confident pen mana yang terbaik untuk korang, korang bawak je la MAK KORANG  time pergi bookstore tu nanti, abes crite.

Situation 3: Masalah tak kesampaian. Korang asyik la pergi kedai ni untuk carik pen yang sesuai ngan korang. Tapi, for some reason, pen tu ada kat counter glass wall gitu. Skrang ni korang nk buat macam mana? Korang  hanya mampu tengok pen tu dari luar, nak capai dengan tangan tak dapat2 plak.... So, dalam fikiran korang asyik fikir camne nak ambil pen tadi. Last2, korang hanya mampu tengok buku korang kosong, so korang end up frust menonggeng sorang2.

Voted answer: Korang ni nak dah ready ke tak nak mengarang ni? Jangan kasik alasan duh pen tu tak kesampaian. Tu semua just psychology korang je tu. Sepatutnya masa ni, korang patut tackle problem tu a bit more technically. Cube la korang bawak2 usaha sikit. Setiap yang terkunci tu boleh dibuka. Apa yang korang kena carik skrang ni is just the right key untuk bukak glass enclosure tu. Kalau korang asyik ketuk2 and attempt nak pecahkan glass wall tadi, korang mungkin boleh cederakan diri sendiri. Tak semua benda dalam dunia ni is reachable by force. Even kalau korang dapat pon by force, korang maybe dah rosakkan sedikit sebanyak pen yang korang nak sangat2 tu. Maybe korang dah calarkan pen tu ke, rosakkan ink cartridge dia ke. So, TRY TO TACKLE THINGS SMART, NOT BY FORCE. Kalau takut sangat tak kesampaian, maybe korang kena consider beli pensel plak kot?