Thursday, March 24, 2011

THE TRAILER: THE REVIEW

First things first,

JOM TGK VIDEO NI!


Dah tgk?


As a senior yang akan grad lagi 45 hari, gua rasa gua dah boleh grad dengan tenang lepas tgk trailer yang budak2 class of 2013 ni buat. From a neutral point of view,  it sure seems like it takes a lot of time to produce such well-prepared film. Kira bukan buat cikai2 la. A few points yang aku suka are:

Sani's cincin third angle effect
-Gua paling suka part ni, sbb gua rasa camera part cincin tu di zoom in, and part letak marker tu style video Yasmin Ahmad. Gua rasa the biggest challenge untuk produce smooth transitioning video is to make use of the 3rd person environmental view. Susah nak paham? Meh sini gua explain.... b4 tu cube tgk video bawah ni:



Ok, kalau korang perasan, ada macam2 video yang diambil. Directors call these views as "third eye" maksudnya, directors make use of the eye effect from non-living objects or public view. For instance, view dari batu tepi jalan, or view dari divider tepi jalan, or batu dari sebatang pokok, or even view dari orang yg lalu-lalang di sekeliling anda. These views akan buat video lg crisp sbb ada effect "lag" tp tak mengganggu transition sesuatu ceriter.



Ok, kalau korang perasan, drama mexico banyak ada effect ni. Byk video is taken from forward view or side view. Technique ni byk digunapakai dalam drama yg panjang2 sbb style camni mempercepatkan filming process. Kalau drama panjang berjela2 style Rosalinda yg jadi pujaan hati kaum2 ibu korang tu, style ni byk digunapakai sbb nk jimat masa shooting. Ye la, masa shooting byk abes utk mekap muka Rosalinda saje. Kalau kikis2 mekap kat muka tu, bole buat cucur badak kot. So, nk jimat masa, kena la pakai method ni. Unless korang mmg jenis takde keje kat rumah or setakat nk buang masa sambil2 lipat2 baju tu, maka ok la kot korang tgk crite2 camni.

Lagi satu, korang familiar ngan Cinta Kirana x? Then, korang mesti familiar dgn style film camni:



Ni salah satu lg contoh camne nk buat crite panjang, tapi director malas ambek angle berbagai2. So, diorang akan buat byk efek terkejut sampai korang dah tak terkejut dah sbb dah mmg lali ngan 'kekejutan' tersebut. Ye la, take 10 minit je sampai nk 4-5 kali terkejut, ape kes??!! So, diorang akan zoom in kat muka and buat slow motion. Filem2 Indon mmg byk efek2 camni for some reason.

So, the usage of different angle dalam SFP ni gua rasa membuatkan clip video ni sgt interesting. Some key angle yg penting dalam ni gua rasa ialah:

1) Joe main squasy
-Camera pusing2 keliling player. Hopefully dalam process tu takde org kena hentak ngan bola tu la

2) Sani tulis equation kat whiteboard
-Camera zoom kat cincin sani. Stressing the point yg ada org tgh belajar or semangat belajar. Ada effect cam tunggu camtu

3) Aini terlanggar pintu.
-Timing is the best criteria kat sini. Dari angle belakang, pintu tak sempat tutup lg (slightly ajar), then tukar angle dari dpn, baru pintu slowly tertutup. Perfect! Baru nampak natural!! Gua estimate ni mau 6-7 kali take baru nk dapat ni. Takpon trim and cut masa video editing.

4) Sunlight beam terpancar dari 3rd person view masa berdiri ramai2
-Gua dgr budak2 ni crite yg efek tu kebetulan je dpt, takde add dlm video editing pon. Tapi efek tu look very vibrant from a distance. Ala2 mcm masuk dunia misteri or glance in a distance la.

5) View org jamming
-Kalau korang perasan, introduction utk Boscoe panggil budak2 jamming tu tak start dari wide angle tunjuk semua org. Instead, dia start dari close front view Bass, guitar mic ngan drum. So, efek ni yg buat video ni mahal. Nature manusia is very suggestive, so bila camera angle introduce the jamming scene dari angle ni, org akan start guessing, before actual wide video dipaparkan.

All in all, walaupun tak terlibat dgn actual work of the shooting or experiencing it first hand. Gua boleh rasa budak2 ni spend byk masa utk buat video ni. Gua estimate re"taking" untuk dapat the best angle possible take the most time out of everything. Honestly, gua terharu la sbb org spend so much time, juggling between homeworks and other activities to make this trailer, a reality. And frankly speaking, it's something that's worth to be bragged about.

To batch of 2013:


AWESOME WORK! THANK YOU SO MUCH FOR THE TREMENDOUS EFFORT. WE, CLASS OF 2011 HEREBY HOLD OUR HEADS HIGH AND TAKE OUR HANDS DOWN FOR THE AMAZING WORK! おつかれさまでした、みんなさん!

:D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D
*Senyum memanjang

Tuesday, March 15, 2011

A dad's wisdom in me

"Along, I'll get you a computer if you manage to get 1st place in class"

Tu line pancing ayah gua nak suruh gua belajar betul2 masa skolah rendah dulu. Masa tu gua rasa function computer ni untuk main game aje, so gua pon seronok la sorang2. Lagi2 bila takde lagi computer kat rumah. Kira cam motivation la of some sort. Pandai sungguh incik ayah, pancing anak2 dengan hadiah. So, gua pon belajar la betol2, and alhamdulillah, lastly dapat jugak secure 1st place dlm class. So, a few weeks later, datang la computer baru kat rumah. Masa tu computer tu besar2, kotak2 dia toksah crite la, besar haram. Gua ingat mak gua recycle balik kotak computer tu buat simpan kain baju dalam stor. Punya la besar kan... Masa tu seronok tak ingat dunia la, siang malam main game aje keje. Tapi one day, gua dapat tau incik ayah mmg dah plan awal2 nk beli desktop pon untuk dia buat kerja pon, saje je dia pancing gua suruh blaja rajin2. Kira cam sambil menyelam minum air la orang kata. Pandai sungguh beliau

"Along, if you get 8As PMR, papa will give you a present, and you get to pick what you want"

Masa tu dekat PMR, so sebagai budak lelaki sejati, gua mmg berkenan dengan console2 game. Nak beli sendiri tak mampu. So, dulu2 gua sanggup kayuh beskal tgh2 panas pergi rumah kawan yang ada console sbb nk main sama2. Kalau time tayar beskal pancit, kena la menapak sendiri jauh2. Panas lagi, dahaga lagi, penat lagi. Seksa toksah crite la. Pancit siot. As a result, gua decide nk deal ngan incik ayah nk game sebijik. Target2 masa tu nk PS2 la. So, sebagai pelajar bertanggungjawab (hotak dia), gua maintain on top of the class sbb target gua satu je, nk console game tersebut. Hak3. Alhamdulillah, dapat 8As plak untuk PMR, so dapat la merasa main PS2 sendiri. Tak perlu kayuh beskal jauh2 semata2 nk main game lagi. Tak perlu lagi berpanas2, berpeluh2 pastu bau cam bangkai bile balik rumah jalan tengah2 panas.

Masa SPM plak, ayah gua tak janjikan apa2 pon. Ada la terdetik dalam hati ni kadang "eh, kali takde ape2 ke?" Tapi gua rasa incik ayah pun tau gua dah paham tanggungjawab gua masa tu sebagai seorang student tahun akhir secondary school. Tak perlu upah2 lagi, tak perlu hadiah2 lagi. Masing2 dah besar kan. Patutnya dah pandai pikir sendiri. Alhamdullilah jugak, gua pon dah pandai fikir sendiri masa tu. Tup2, gua dapat 12A1 and 1B3. B3 tu plak tasawwur islam, wakakakaka. Sayur giler bab2 agama ni rupenye gua ni. Tapi takpe, pedulik ape gua, janji dah buat yang terbaik dengan usaha sendiri. Petang tu kitaorang gerak pg KL. Sbb masa tu musim cuti sekolah. Malam tu, tgh2 chill2 sorang2 dalam bilik hotel, adik gua ketuk pintu.

Tok tok tok

Kelihatan adik gua yg kecik tu kat muka pintu.

"Along, papa ngan mama panggil along kat bilik, ada private conference sikit diorang cakap"

"Okey" balas gua selamba sambil bawak jambu batu hiris yang gua tgh melantak tadi.

Dalam bilik parents....

"Along! Duduk sini, papa nk cakap sikit."

*Dalam hati, "aiseh, gua ada buat salah ke? Serius pelik pulak nada ni"

Incik ayah duduk bersila depan gua ala2 samurai jepun. Sepantas kilat, dia celup poket kanan, kuarkan sesuatu.

"Abeslah, nk kena marah ke ape ni" jerit hati kecil gua, sedikit cuak

Tersergam indah duit kertas 50 hengget berhelai2 dalam genggaman incik ayah. Rupe2nye, duit yang dikeluarkan dari poket tadi. Pelan2 dihulurkan kat tangan gua.

"Along, papa bagi along RM2000 ni untuk along belanja. Ikut along lah nak beli ape2 pon. Tak kesah la game ke ape ke. Ni hadiah sempena result SPM along. Along tahu kan kitaorang sayang along."

Esoknya, gua pergi bank, gua sendiri pergi deposit duit tu kat ASB. Gua tak sampai hati nk guna duit tu untuk beli barang merapu2, instead gua simpan target utk investment masa depan. Mana tahu nanti dapat offer pergi mana2 nanti kan. At least da ada duit sendiri nk buat apa2 nnt.

Tup2, dah 4 tahun gua kat Vandy ni. Lagi 2 bulan lagi nk grad. Dah ready nk masuk alam pekerjaan dah pon.
4 years in the States brought the manhood in me. Macam2 pengalaman pahit and manis yang dah gua lalui untuk jadi orang berguna. And sepanjang 4 tahun tu jugak, wisdom incik ayah sentiasa ada kat diri gua. Hopefully, wisdom tu akan berkekalan sampai gua mati nnt.

Sampai sekarang gua ingat, incik ayah gua:

Incik ayah tak pernah merungut hantar anak dia jauh2 dulu sbb anak dia masuk pertandingan invention dulu2.
Incik ayah yang tak pernah say no kalau gua mintak apa2 dengan dia.
Incik ayah yang tak pernah berhenti tolong gua carik jalan penyelesaian kalau gua ada story2 problem kat dia.
Incik ayah yang rela korbankan masa rehat dia untuk bawak family pg bercuti sama2 time gua balik summer.
Incik ayah yang sentiasa bagi sokongan kat apa2 yg gua buat sampai gua jadi orang.

Now, it's time untuk gua pulak untuk teruskan wisdom beliau. Gua doakan 1 hatri nnt gua jadi orang yg awesome macam incik ayah jugak.

I love you dad!

Monday, March 14, 2011

Isn't life amazing when people appreciate us? :D

11 March 2011 9PM


Jom dengar lagu ni sambil2 baca post ni:



"Buzz"

Bunyi YM kat desktop gua memecah keheningan malam. Gua tgh lalok atas katil tgk Family Guy, sitcom feveret gua terus terpaku, keras....

"Tap tap tap" bunyi keyboard logitech yg sedang rakus ditaip jejaka macho bernama Syaf.

"Kol 9 nnt jom pg cinema doe, ada crite baru kuar, red riding hood, aku ada tiket lebeh"

"Nape awal sangat doe, pergi la lewat sikit, ni baru Friday doug" gua taip selamba sambil tarik kening kanan ke atas ala2 The Rock, sambil berfikir sesuatu...

"Ada shooting ke?"

"Aah, dillot cakap takleh lewat2, ada shooting malam kang, kene shooting Senior Farewell Party lewat sikit sbb ramai orang kat Branscomb nnt"

Gua tersenyum sinis.

"Erm, okeh, layan je la then"

Tepat kol 9  malam, gua bergegas turun ke blik member gua kat McTyiere, si achid yang gua berjaya tarik masuk Chinese Hall dulu. Kelihatan beliau sedang kusyuk melantak ketiak ayam obies sorang2 dalam bilik.

"Eh, cepat la, kata movie start kol 9, ni dah 9.02 pm ni. Nnt tgk crite separuh jalan la jawabnye"

"Okeh, jom!!"

Deruman enjin Nissan Altima 2.5 di luar mengaum tanda dihidupkan. Gagak2 yang tgh tido atas pokok semua bertempiaran lari terbang dek kerana terkejut. Tak kurang yg rebah ke tanah akibat terkena serangan jantung.

"Damn, nanti kene isi minyak nampaknya ni" ujar gua selepas tgk meter minyak yang agak segan2 tunjuk kat E. Sambil tarik handbrake, gua sempat buat drift kat belakang Branscomb dalam sebijik dua sbb jarang dapat kereta best untuk dibawak berjalan walaupun sekadar untuk tgk wayang. "Screehhhhhhh" tayar belakang berasap menambah macho pada skill gua buat stunt. Ok, tu tipu.

"Eh, singgah depan Branscomb la ambek budak2 ni. Diorang tunggu kat situ tu"

Nissan Altima yg degembar-gemburkan tadi dimatikan depan curb Branscomb. Tak semena-mena, si Achid ni ambek kunci kereta gua bawak kuar  sedikit melemparkan senyuman sinis sambil berjalan ala2 Backstreet Boys masuk ke Branscomb. Mentang2 la kereta keyless tak payah cucuk kunci boleh start, ske ati beliau je nk cilok kunci gua, ceit!

Langkah gua pon dimulakan menuju ke Branscomb.

Krakkk

Sejurus selepas pintu dibuka, gua nampak budak2 ni tgh berkumpul belakang pokok.

"Heh, ini mesti nk kejutkan gua ni" gasak gua dalam hati tapi masih maintain muka cool.

Suara Wani the Datin terngiang ditelinga.

"Ala... tak jadi.... " sambil ambil gambar gua cover kejutan yg dah spoil.

Tak semena2, air berterbangan di udara singgah ke badan gua. BASAH KUYUP....

"Prappp prapp" bunyi bom telur yang pecah di badan gua. Wargh, basah, melekit. Gua rasa cam ular baru mengawan lilit badan gua pon ada. Hak3.

Terbahak-bahak budak2 sophomore Class of 2013 ni bantai gua ngan telur ngan air. Seronok la tu prank orang. Kui3.

HAPPY BIRTHDAYYYYYYYY!!!

Dengar suara budak2 ni menjerit bagai nk rak kat gua. Hak3.. 

So, dipendekkan crite, selepas menyental telur2 kat badan gua yg menggiurkan ni, gua patah balik kat Branscomb. Si achid ngan dillot tarik gua pg kat Lounge tgh and tersergam indah sebijik kek penuh berkilat2 kat meja. Rupe-rupenye diorang ni dah pakat nak kenakan gua sempena hari lahir gua yg ke 19 22 kat Vandy ni. Selebihnya, gua kasik gambar2 ni explain camne gua rasa masa tu.....



The aftermatch

Lpas kena baling telor
Senyuman berbisa meon yg mampu mencairkan hati gadis2

Kek penuh berkelip

 Orang tak biasa potong kek


How I wish ada gambar2 lagi untuk dibuat kenangan, tapi camera plak abes battery, hak3.... Kalau tak mesti sempat ambil gambar semua orang. Tapi takpe, yg penting, semangat budak2 ni yg bertungkus-lumus buat birthday party gua ni yang paling gua treasure. First birthday party in 4 years plak tu kan.... Seronok gaban! Ingatkan dah dapat kek kat Baskin Robbins takde la kena prank dah, alih2, kena jugak rupenyer.... Kui3.

Actually gua dah agak akan kena prank sbb ayat si Achid tadi yg agak terkantoi. Ye la kan, dah Spring Break, apekejadahnya ramai orang kat dorm plak kan. Kui3... Comel je gaya kantoi beliau. Tapi gua layankan jugak akhirnya. Gua rasa cam bapak budak kena prank ngan anak2 dia time balik keje, camtu la perasaan dia lebih kurang. Dia dah tahu budak2 ni nk prank dia, tapi dilayannya jugak sbb sayangkan anak2 dia. *Walaupun gua takde anak lagi, tapi insyaalah nnt gua nk dlm 7-8 orang, kalau boleh, buat team volleyball terus, baru meriah, hak3

Sbb takde picture semua orang, gua nk ucapkan kat semua budak2 yang datang sambut haritu:

Dillot, Abel, Achid, Bella, Wani, Aini, Meon, Diana, James, Boscoe, Zaki, Tasah, Syun, Iskandar, Saira, Atie, Sani, Rain, Irfan, and sape2 lagi yg datang in case gua tak ingat nk sebut nama korang :D

Thank you budak2, sbb sanggup ingat kat orang tua ni
Thank you budak2, sbb sanggup spend time busy buat trailer untuk belikan kek untuk gua
Thank you budak2, sbb buat gua rasa appreciate life even more
Thank you budak2, sbb bersusah payah buat prank untuk gua
And thank you budak2, sbb bagi memory terbaik kat gua sepanjang 4 tahun kat Vandy ni :D

Gua cakap ni sekali je eh? Lemak la nak ulang tayang kan. (Walaupun ni kira mencilok ayat korang kan)

"Aku sayang korang semua" 


Random post dari orang tua yang akan tinggalkan Vandy soon

A little Florida suprise

March 9th 2011

Baru2 ni gua sempat pergi Beach House ngan collegues gua kat Ponte Vedra Beach, Florida. Seronok la spend masa ngan budak2 ni sama2 main tepi pantai (lama tak mandi laut), so kitaorang target nk pergi mancing kat Pier, naik scooter jalan2 tepi pantai, shopping kat outlet, main air puas2, pendek kata enjoy abes la. Tapi sayangnye, since weather and situation x membenarkan plan kitaorang untuk fishing ngan naik scooter tinggal angan2 sebab weather panas terik and kedai sewa fishing rod plak tak jumpa carik walaupan dah 2 hari carik. Kureng asam punya tauke kedai... Cakap la kalau nk pindah ke, tutup ke, takde la kitaorang terjulur2 terjelir2 carik kedai ni. Ceit.

Anyways, sbb dah janji nk carik Ice Cream ngan orang, gua pon bertungkus lumus la carik Baskin Robbins malam tu kat google earth. Ada la 2 locations jumpa, tapi sayang berbau malang, satu kedai tu dah tutup. Isi alamat kat GPS carik Baskin Robbins, tapi alih2 sampai kedai jual ikan, waaaahhh, pandai plak GPS ni buat lawak antarabandar, aku hempuk ni kang! Nasib baik harta orang, kalau tak lama dah gua celup dalam air kopi buat biskut cicah. So, nasib baik ada alamat spare, so takde la kempunan sangat.

Si dillot, achid ngan abel ni plak dah merengek2 nk Ice Cream Baskin Robbins dari semalam, so untuk tidak menghampakan harapan adik2 tersayang, gua patah balik pergi Universal Blvd (x jauh pon, dlm 3 miles je). Tup2 plak masa tu hujan lebat tetibe, siap ngan angin bertiup kencang (fuh, ayat skema, ngeh3). Time bawak2 keter tu sampai terhuyung hayang steereng wheel tu gua rasa. Gua rasa kalau budak2 dalam keter ni ada kat luar, mau terbang je kene tiup angin cam ni



Siot! So, drive punya drive, sampai la jugak kat Baskin Robbins tu at last. Agak struggle gak la nak sampai ngan visibility yg sangat poor. Nampak je signboard Baskin Robbins tu.....



Budak2 ni terus menjerit terlolong terpekik2 cam orang gila dalam kereta. Ok, tu tipu la kan. Tapi, basically menjerit gak la sikit. Baru je gua pull in kat parking spot tu, tup2, tgk kanan kiri, budak2 tu dah hilang dari keter, gampang! Mcm pelesit berlari keluar keter masuk kedai BR. Lama tak mengidam mungkin? Terkebil2 gua dalam keter terlopong. 

So, masuk2 kedai, gua pergi la kat counter tu ngan budak kecik ni pilih aiskrim. Lepas pilih2 ais krim tu, ternampak la budak2 ni tgh tunjuk2 kat peti sejuk besar kat tepi pintu masuk tu. Tunding sana tunding sini. Ntah ape diorang buat pon x tau. So, gua pusing blakang la tanye ape diorang buat, ternampak la si Achid ni pegang kotak kek sebijik. *tak perasan lg gua tgh perhati

"Beli ape doe Achid?"

Muka terkejut. Suasana kaget, hening.....

"Eh2, takde ape2 doe.." 

Sambil buat cubaan gagal menyorok blakang Abel sorok kek. Kek besar kotak kasut nk disoroknya celah kaki besar botol air, mmg epic fail la kan. Hak3

So, gua perasan la budak2 ni rupenye merengek nk Baskin Robbins tu bkn sbb nk aiskrim sangat, tapi nk buat surprise untuk gua. Alahai, comelnye budak2 ni.. Nak beli sendiri tak boleh sbb kunci kereta gua pegang.... Hak3.... 

So, sbb dah terkantoi ngan gua, budak2 ni pon bayar je la kek tu, ambek talam 2 bijik and datang kat meja gua yg tgh lalok menjilat Ais Krim.

"Rasanya dah kantoi dah tadi, tapi takpelah, ape2 pon, kitaorang bertiga nk ucapkan Happy Birthday!"

*Senyum sampai ke telinga :-D


A little sneek peek 


Brainfreeze melantak kek

Kek bentuk batang kayu
Adik di Vandy
Senyum memanjang
Mastermind a.k.a adik di McTyiere


1st actual birthday party in 4 years :D 



Thank you korang for making my life, interesting!

DON'T LITTLE THINGS IN LIFE MAKES LIFE MUCH MORE AMAZING? :D

ほんとうに ありがとう ございます

Monday, February 28, 2011

Zaman budak hingusan dulu

Entry 28 February 2011


Dear diary (takde kejenye gua nk tulis ayat2 gay cenggini kat blog)

Tadi gua baru je balik ISSS nk pg antar borang OPT, tapi sebab time semput, tak sempat plak gua nk kasik borang kejadah tu kat minah yg agak kurang cun kat counter pejabat tu. Takpe lah, esok nawaitu gua dah set untuk lebih cekal bangun awal untuk tayang muka kat office ISSS tu. Sambil2 tu nnt, boleh gak gua singgah kat starbucks sebelah layan green tea latte segelas dua.

Baru2 ni, sbb ANYF dah takde, gua tak tahu nak buat apa ngan hidup seharian selain rutin harian seperti melantak habis-habisan serta mandi manda guna cebok walaupun shower kat atas kepala aje. Hobi baru yang gua pick up dari kawan gua, encik jobol anak razif. Best jugak mandi cebok ni rupenyer, simbah situ simbah sini, bilas tu bilas ni.. Pastu tup2 kantoi ngan RA kes mandi setengah jam.. LULZ. APE KES MANDI SHOWER JE? Carik la benda2 baru nk buat dalam hidup kan.. Baru la hidup ni lagi bermakna,tak gitu? :-D



Lagi seminggu, dah spring break, bermakna dah berlalu setengah semester kat Vandy ni. Ntah2 ada lagi tak peluang gua nk tgk Vandy ni nanti...... ERKKK...... Ok, tukar topic...

Owh, also, gua baru tersangkut ngan lagu ni:

Phil Collins: Son of man


Kalau korang dibesarkan dengan pengaruh Pokemon, Doraemon kol 7 mlm and biasa main kejar-kejar ngan mak korang sbb tgk TV time maghrib, then gua cukup pasti korang mesti pernah dengar lagu ni. Dulu2, time kecik2, innocent, comel and takde bulu ketiak lagi, gua ngan adik2 gua suke bantai tgk movie tarzan ni ulang2. Agak2, ada la 32 kali sebulan kot kitaorang tgk sambil lompat dari sofa ke sofa terjulur-julur, terpekik terlolong macam orang hilang akal, berlakon jadi tarzan kononnye. Berbekalkan semangat kental serta suar pendek berparas lutut, gua jadi pelakon tambahan skali ngan adik2 gua time tu. Sorang jadi gajah, sorang jadi monyet, tapi yang pasti sorang je yg boleh jadi tarzan, and sebab gua paling tua, gua slalunye guna kuasa veto untuk lantik diri sendiri jd tarzan. (*Dasar abang gila kuasa, CISS)

*Gambar hiasan, tiada kena mengena antara yang O.K atau yang telah K.O

MASA TU SERONOKKK GABANN!!!! Sbb, dalam kepala takde langsung masalah2 dunia, takde masalah exam2 engineering yang boleh buat kepala pecah, or takde masalah drama2 cerekarama yang ntah camne 'ter'praktik kat orang2 keliling kita. Lepas bangun tido, main tu main ni, lepas main, tibai nasi ayam 3 pinggan, tak cukup ayam, mintak je, confirm2 mak masakkan lagi, bile penat main, ambek bantal, terus sambung tido. Bile dah bosan jadi tarzan kat rumah, merengek kat mak sikit, nnt dia 'upgrade' sikit location berlakon tarzan tu dari sofa2 lunyai kat rumah ke playground. Boleh panjat tinggi2 sikit, boleh bantai main buai pastu jatuh bergolek sorang2 atas pasir. Ntah2 ada TAIK KUCING ke TAIK HANJENG ke kat pasir tu pon x pedulik.. Sambung je main balik..

Bile penat main, mak bawak makan pisang goreng kat kedai sebelah. Masa tu, mak kasik je duit suruh pg beli ape2. Takde plak nk pesan "Ingat, jgn plak ko gatal2 lama2 setting kakak jual pisang goreng tu". Skrang ni, 4 kali sehari kot dia nk sound camtu kalau takmo kasik pg kedai lama2. Hak3. Of course la kan, time tu takde langsung nawaitu nak ushar2 awek2 jalanan ni, ntah2 term "nafsu" tu pon takde dalam kamus hidup lagi. Kui3.

Masa tu tempat gua takde la maju pon. Setakat bandar kecik je. Ada perpustakaan awam pon kire dah cukup maju dah tu. Alamanda ke, Sogo ke, toksah sebut ar, kitaorang tak tahu pon menatang ape. Kalau orang cakap spesis dugong tempatan pon kitaorang percaya kot. Tempat shopping yg slalu pg tu ada 2 je masa tu. Either pasar malam or Centre Point. Centre Point tu kire shopping complex la, walaupun tingkat 1 ngan tingkat 2 je ada kedai. Kedai paling besar pon kedai kain2 untuk golongan2 ibu. Kitaorang golongan "budak hingusan" ni asyik singgah kedai mainan je la walaupun kedai mainan tu size dia sekangkang kera je. Dah la kecik, sebijik je lak tu. Gua ingat tauke cina tu slalu tensen sbb gua asyik bertandang kat kedai dia, tapi tak beli ape2. Hak3. Tingkat atas2 tu gua rasa owner Centre Point tu mmg nk buat hiasan je, sbb takde kedai pon, papan2 tanda "Kedai untuk disewa" ade la. Ye la kan, paling cikai pon, kene la bukak kedai standed sket kalau dah namanye shopping complex. Kedai jual camera ke, jual laptop ke, takkan nk bukak kedai dobi dalam shopping complex,. Tak make sense langsung. Sbb tu la kot tingkat2 atas tu seme kosong je kot. Takde markettt

Kat kedai mainan tu, benda paling awesome masa tu untuk golongan lelaki belum berkahwin, forsho, KERETA TAMIYA! 

Figure 1: Tamiya car kit

Benda alah ni dulu, mahal nak mampus. Kurang2 20-30 ringgit sebijik. Skrang ni, kat pasar malam 5 ringgit pon org tak pandang kot. Dulu keter first gua ni model Beak Spider, harapkan encik ayah, mati hidup balik beliau takmo beli. Buat abes air mata je nangis kuat2. Last2, uncle gua belikan sebijik masa birthday gua. Terima kasih daun keladi encik Uncle. Hak3


Time2 tu, seronok gile la kan, sbb da ada keter sendiri. Walaupun sekadar keter yg boleh gerak lurus je. Budak2 skrang ni, paling common pon, kurang2 keter control. Tak main ar gerak tegak je kan. Syarat minimum mesti boleh buat drift atas lantai rumah. Tak pon boleh buat kejar kucing bedebah korang yg asyik berak atas sofa.


Remote control pon dah makin complicated dah skrang. 2 channel la, 3 channel la, 4 channel la. Cepat plak rasa masa ni berjalan. Demmit! Nnt lg 10 tahun ntah2 budak2 tolong mak beli santan kedai Haji Wahab naik keter control je kot. Beskal2 ni pon ntah2 dah tak kenal dah kot time tu. Kui3


** AH CHENNN, TOLONG MAK BELI SANTAN SEKILOOO!!!!

BAIK MAK!!! VROOMM VROOMM....

*Sile guna imaginasi sendiri



Monday, February 21, 2011

A good memory, absolutely..... :D

Facebook msg from a an old friend in Wash Uni

"Dude, this year's ANYF is amazing!"
"You think so? I think those emcees did great job at coordinating, no?" *ayat standed cover ke"kembang"an
"No, seriously, I think coming all the way from Wash U is totally worth it. It really made my weekend! Good job to you! Soran Bushi was mind blasting dude!"

**KEMBANG MODE STATUS - 10%

Syaf, you and your team have done an amazing job last night:) Soranbushi was definitely a blast, thank you for the amazing show! - Nisa

ビデオ見ましたー!
いいパフォーマンスでしたね。おつかれさま!- Sogabe sensei

すごくよかった!! In all my years at Vandy, that was the BEST and MOST AWESOME Soran Bushi performance EVERRRRR, son!!!! Great job to you and everyone who participated in it!! - Josh


Never thought that i could enjoy myself bile masuk soran bushi, thanks jgk sbb ajak - Bella

Syaf kun,
Thank YOU!!!!!
Thank you so much for leading us, and you did really really GREAT!
Also, thank you so much for inviting me to be one of you.  This is my first year here, and I did not know many people.  Also,  I am always too busy to enjoy my life here, but you gave me brilliant memory.  It was FUN.  I enjoyed so much!  I'll always remember this! - Shiomi sensei

amboi taun ni bukn main agi, happy je memanjang - anonymous

Awesome show dude! I wish you're here again next year for Soran Bushi! - Graham

日本語ホール来年やろう、そらんぶしは - Syun

Syaf! It was an honor dancing with you! Thanks for being so patient with us, lol~ - Chrys

Thanks Syaf and everyone!
we did wonderful job!!! I had really good time(>3<)V
Oh,please help me to tag my facebook photos! have a nice Sunday!
Hugs,
Chie

**KEMBANG MODE STATUS - DANGER! OVERLOADING.....


Hak3, gurau je. Ni la antara feedback2 dari member2 gua yg gua terima sehari lepas ANYF. Pikir2 balik, performance yang dibuat takde la bagus mana, tapi bila kawan2 sentiasa bagi sokongan and hargai apa yang kita buat, kadang2, kita ni as human, rasa puas hati, puas teramat......

Bukan puas sbb orang puji, tapi puas sbb ada kawan2 yang tahu menghargai apa yg kita buat, and puas sbb ada kawan2 yang tak pernah jemu melayan kerenah gua yang bermacam2. Tak kurang jugak sbb puas sbb dah selesai jalankan tugas yg diamanahkan. 

Sape sangka, lepas ANYF, kawan2 gua tarik gua berkenalan ngan parents diorang yg datang ke ANYF hanya untuk berterima kasih hanya sbb ajar anak diorang menari? Tak ke bonding namanya tu? :D

Sape sangka, lepas ANYF, kawan2 gua tinggalkan memori yang menarik untuk last year gua kat sini as student?

Sape sangka, lepas ANYF, byk gambar2 yang diorang ambil akan buat gua RINDU SANGAT2 dgn masa2 yang kita dah spent sama2?

Sape sangka, lepas ANYF, gua dapat berkenalan ngan ramai kawan2 baru? :D

Sape tahu, lepas ANYF, gua akan jadi orang yg lagi matang untuk masuk ke dunia bekerjaya?

So, in return, gua pon nak cakap thank you kat korang,

Thank you korang, sebab sanggup datang lepas exam Thermo berpeluh-peluh datang practice,
Thank you korang, sbb ajar gua camne nk handle a team yg awesome cam korang,
Thank you korang sbb bersabar ngan kerenah gua yg sangat la bermacam-macam,
Thank you korang sbb tolong gua solve problems sana sini,
Thank you korang sbb sanggup dengar gua berceloteh mcm pak cik,
Thank you korang sbb sanggup spend masa tido korang masa weekend utk practice,
And thank you korang sbb bg gua amazing memory utk gua kenang balik nnt bila2.


How I wish ada alasan untuk ajak budak2 ni dance sama2 lagi...
How I wish ada something to look forward to lagi...
How I wish ada benda yang nak dibuat bersama2 lagi....
How I wish we could be together lagi sekali....

MISSING THOSE MOMENTS ALREADY.......

Kita ni as human, often terlepas pandang benda2 yang kecik mcm ni, tapi benda2 mcm ni yang akan buat kita  rindu balik masa2 kita student dulu masa kita dah tua nanti? Sape tahu yang kita akan pikir how beautiful life was dulu masa kita stress2 ngan workload kerja nnt? *Pejam mata, and imagine masa depan sikit, jeng3



 Life is short and we live only once, appreciate it to the full extent possible.

Walaupun post ni agak merapu / takde jalan crite / mengarut, tapi tak salah kan kalau sembang ngan diri sendiri sekali sekala kan? PEACE!

Indeed, no matter how small these things were, they will be a good memory in the future




Some photos of ANYF :-)
Thanks guys for being part of my memory