Saturday, December 18, 2010

Jom open cerita!

Sedar tak sedar tinggal lagi 5 bulan gua nak grad, insyaalah... Tapi tu bukan story gua malam ni, story gua ni dipetik dari perbincangan sambil2 makan steamboat kat Highland Quad malam ni. Skrang dah Winter break, so, nanti ramai orang akan keluar pergi jalan2. Gua pikir2, bila lagi nk open crite kan? So, ni gua ada cerita menarik untuk dikongsi, credit utk kawan gua sbb ilhamkan cerite best ni. Kui3


Skrang ni, jom belajar analogi sikit. Kasi berkias-kias la baru syok kan. Hak3


Mula2, jom kita cakap pasal buku. Ni bukan buku text korang, or buku Heat Transfer sbb yang encik Deyu Li suka sangat pekenakan gua, tapi ni buku 'korang'. Buku korang ni ada satu je dalam dunia, and tak boleh carik kat kedai2. So, agak2 priceless jugak la kan buku ni. Dalam buku ni, korang tersedia nk tulis macam2 jenis cerita. Jalan cerita dia, korang boleh alter2 sendiri, ikut suka hati. Cuma soalan dia, menarik mana cerita korang. Tak kesah la cerita tu pasal cerita dongeng ke, cerita chill2 ke, cerita ape ke kan.....


Ok? Dah paham concept? Bagus!


Antara cerita best yang gua dah dengar malam ni:


Orang dalam dunia ni, ada macam2 jenis orang. Ada orang yang tgh syok tulis buku, and ada gak orang tengah mencari2 buku, and ada orang yang tengah2 flip2 page buku. Skrang ni, kat mana situation korang? Adakah korang antara orang2 yang tengah rajin mencari idea nk tulis chapter seterusnya. Or tergolong dalam golongan orang still takde idea or tersangkut nak sambung cerita yang dah sedia ada. Hak3, susah gak cerita ni.....


Topic 1 : PEN MANA SESUAI DENGAN TANGAN ANDA?



Naturally, semua orang tahu kita perlukan pen untuk tulis apa2. Skrang ni question gua, mana pen korang? Adakah pen tu dalam simpanan korang? Adakah pen tu korang guna sekejap pastu korang letak tepi? Tu korang sendiri je boleh jawab. Kui3. Sekarang ni gua nak kasik nasihat sket kat orang yang tengah carik2 pen tu. Tangan korang tuhan dah jadikan lain2, so, logik la pen korang lain2 kan. Pen mana yang selesa ngan korang? *Gelak golek2 sendiri........


Katalah korang nak beli pen, macam mana agak2nye bentuk pen tu? Ada orang, pen yang harga dia standed2 tu selesa and dah mencukupi, pen yang exclusive sket tu, maybe susah nak guna/maintain. Ada jugak yg rasa pen yg exclusively hand made tu lagi senang nak guna, sebab tahan lama ke, ape ke... Ada jugak yang prefer pen yang 0.5mm sebab pen camtu standed, and orang tu prefer benda standed2. Tak kurang gak prefer yang kecik2, sbb dia rasa tulisan kecik2 and halus2 tu lagi sesuai ngan jiwa menulis korang. Again, tu subject to opinion sendiri2. Kui3


Pen tu ada macam2 jenis pen. Pen bulat, panjang, mahal, murah, cepat rosak, etc etc. Tapi harga pen tu unik pada tiap2 orang. Maybe sebatang pen ni, untuk Encik A harga dia mahal, tapi untuk Encik B, harga dia affordable. Again, tu korang punya opinion sendiri. Subject to change. Since banyak pen tu kat 'kedai' ada jual. Boleh jadi macam2 cara korang nak dapatkan pen tu. Samada korang sendiri rajin pg kedai nak carik the 'right pen' or korang nak tunggu je kenalan korang kasitau ada pen on sale ke. Question is, korang ni tergolong dalam orang yang asyik window shopping ke, or asyik eye-balling satu pen ni dari dulu sampai skrang.


Boleh jadi jugak korang ni jenis orang yang prefer mak korang belikan pen untuk korang. Masalah dia, pen yang mak korang beli, possible jugak pen yang dipilih tu terbaik untuk korang, sbb mak korang sangat mengenali cara korang mengarang. Tapi ada jugak possibility jugak mak korang carik pen yang nampak menarik kat luar, tapi bila korang guna, tiba2 dakwat tak keluar plak. Aiseh!!! Or lagi seronok kalau korang pergi merata-rata tempat carik the best pen, tapi korang tak perasan yang pen yang korang paling selesa mengarang actually ada dalam laci korang sendiri. Ahaks!


topic 2 : BERAPA BANYAK CERITA YANG KORANG ADA?






Pernah tak korang menulis tapi tak tahu ape nak tulis? Or pernah tak korang tengah2 menulis tu, korang takde idea nak sambung cerita yang korang tengah tulis? Or pernah tak korang tengah2 mengarang tu, korang sendiri rasa bosan dengan jalan cerita korang? So, remember, practice makes perfect. Orang biasa kena slow2 belajar menulis. Unless korang gifted tak perlu belajar mengarang, and tetibe je korang bley buat novel,  korang ni tergolong dalam kategori orang biasa. Korang kena belajar slow2 menulis, and part korang takde idea tu, korang kena la tukar topic cerita kan.... Again, korang kena tulis cerita baru dalam buku tadi dengan pen lain, or possibly dengan pen lama. Hehh...... *Gelak guling2


Sometimes ada jugak korang terbaca buku orang lain. Tup2, random2 je korang ada idea camne nak sambung cerita yang diorang tulis kan? Tu possible jugak! Senang sebenarnya nak tulis cerita orang lain, tapi susah lagi sebenarnya nak tulis cerita sendiri. Or mungkin korang ada idea nak tulis pasal satu cerita, tapi somehow somewhat korang tak berani nak tulis cerita tu. Maybe sebab korang takut orang lain baca cerita korang or korang takut final episode cerita korang tak menarik. Banyak pulak possibity tuuu. Hak3....





So, cuba fikir2, sampai mana karangan korang setakat ni?

*Saje topic bosan malam2 ni, kui3*

No comments:

Post a Comment